Categories: Berita Hiburan

TREX Cipta Sejarah, Lancar Lagu Cina Rock Mandarin Asli Pertama Sepanjang 25 Tahun Kerjaya

Share

Selepas EP sulung Kembali Menyala dilancarkan, TREX kini memecah kebiasaan dengan single terbaharu berjudul Rock Tahun Kuda.

Lagu ini merupakan karya tahun barunya yang kedua, serta lagu Tahun Baru Cina rock Mandarin asli pertama sepanjang 25 tahun perjalanan kerjayanya.

Ia sekali gus mencipta satu pencapaian baharu dalam landskap muzik tempatan.

Sebagai artis Cina pertama di Malaysia yang menampilkan muzik rock berbahasa Melayu, TREX pernah menerima Anugerah RIM pada tahun 2001.

Antara karya terkenalnya termasuk LUHUR, Tawa Dalam Tangisan dan Teman Sejati.

Malah TREX juga kekal konsisten dengan identiti rock yang tersendiri selama bertahun-tahun.

Kolaborasi Sarat Emosi

Bagi projek ini, TREX bekerjasama dengan pelakon dan penyanyi muda berbakat, Jerry Pang, dalam satu kolaborasi rentas disiplin yang jarang berlaku.

Jerry Pang merupakan graduan Seni Persembahan dari Taylor University (TUTAS) dan aktif dalam dunia teater sejak tahun 2022 sebagai pelakon, penulis skrip dan pengarah.

Karya pentasnya termasuklah Wherefore Art Thou, Juliet, Jebat dan The Sisters Soong, selain kini turut terlibat dalam bidang produksi.

Gabungan kekuatan teater dan tenaga muzik rock mencetuskan kesan emosi yang kuat dalam Rock Tahun Kuda.

Lagu ini bukan sekadar lagu Tahun Baru, tetapi satu simbolik mengenai Tahun Kuda bukanlah untuk bergerak perlahan, sebaliknya terus mara ke hadapan dengan semangat.

Rock Tahun Kuda akan dilancarkan secara rasmi pada 31 Januari depan di YouTube dan semua platform penstriman muzik.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH