
Kolaborasi terbaharu antara usahawan sensasi, Aliff Syukri dan penyanyi Iman Troye menerusi lagu raya berjudul Tung Tung Raya berjaya mencatatkan pencapaian membanggakan.
Setakat ini, naskhah itu sudah meraih lebih 200,000 tontonan dalam tempoh tiga hari selepas dilancarkan di platform YouTube.
Lagu tersebut merupakan naskhah kedua sempena musim Syawal 2026 oleh ahli perniagaan berjaya itu.
Sebelum ini, Aliff tampil dengan lagu Mama Papa Raya bersama isterinya, Nur Shahida serta dua anak mereka, Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra.
Meninjau ke ruang komen muzik video (MV) lagu tersebut, rata-ratanya memberikan respon positif, selain menyifatkan ia sedap didengar. Antaranya;
“Takde pun gedik gedik dan masih kekal kan tradition tak moden sangat! Ni baru betul ‘penyanyi nombor 1 Malaysia’.”
“Ni baru lah betul lagu raya. Takde baju ketat-ketat.”
“Lagu raya ni best! Chorus mantap easy listening ada hook dengar sekali terus layan! Tahniah komposer & penulis untuk karya ni. Tahniah Iman Troye & Dato’ Aliff Syukri untuk duet raya yang terbaru.”
“Iman Troye je mampu duet dengan penyanyi lagu raya nombor 1 Malaysia.”
“Best lagu ni. Takde pegang-pegang masih jaga ikhtilat. Tahniah Papa dengan Iman. Suara Iman sedap. Papa memang penyanyi nombor satu.”
Kejayaan Tung Tung Raya hadir selepas single terdahulu, Mama Papa Raya, yang terus mencatat peningkatan populariti dan kini menghampiri 1,000,000 tontonan di platform sama.
Reaksi di media sosial juga turut memperlihatkan rata-rata pendegnar menyukai elemen hiburan serta konsep visual muzik video (MV) yang ditampilkan.
Malah, ada di antara peminat yang berpendapat kedua-dua karya nyanyian Aliff menjadi dalam menghidupkan suasana Hari Raya dan sesuai dijadikan tontonan santai seisi keluarga.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.