Categories: Berita Hiburan

“Tidak Lambat, Tidak Terlalu Cepat Dan Sempurna,” – Noh Salleh Syukur Isteri Selamat Bersalin, Anak Sulung Dinamakan Tara Svara

Share

Penyanyi, Noh Salleh memanjatkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya, Fatin Athira Mustapa telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada tanggal 21 November lalu.

Khabar gembira itu dikongsikan Noh yang juga vokalis kumpulan Hijau menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Menurut Noh, selepas melalui pelbagai ujian, dia menganggap perancangan Allah ini sangat hebat dan sempurna.

“Ia memerlukan kami mengharungi pelbagai ujian yang dasyat untuk menyedari bahwa hanya Allah Yang Maha Esa dan yang menentukan masa yang sempurna untuk sesuatu dituliskan menjadi milik kita.

“Tidak lambat, tidak terlalu cepat dan sempurna. Pada tanggal 21 November, isteri saya telah melahirkan anak kami yang pertama. Seorang anak perempuan yang sihat dan sangat cantik,” tulisnya.

Dalam masa sama, Noh turut memaklumkan dia dan isteri sepakat menamakan anak mereka itu, Tara Svara.

Malah, penyanyi lagu Rahsia Tuhan itu turut memanjatkan doa agar perjalanannya bersama isteri untuk bergelar ibu dan bapa akan sentiasa dipermudahkan.

“Berkat doa restu orang tua, keluarga, sahabat dan anda semua, proses kelahiran sangat lancar dan meriah kerana ditemani pelukan ciuman dan sorakan.

“Sebuah fasa baru untuk kami dan mohon kalian doakan perjalana kami sebagai ibu bapa ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Doakan Aku, Athira dan Tara Svara,” kongsinya lagi.

Ramai Tumpang Gembira

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang teruja selain menitipkan doa yang baik buat Noh dan isteri. Ini antara komen yang ditingglkan

“Alhamdulillah tahniah. Syukur semuanya berjalan lancar. Semoga sihat anak dan ibunya.”

“Alhamdulillah, selamat berpantang mommy.”

“Syukur. Selamat datang ke dunia Tara. Semoga semuanya dipermudahkan untuk awak dan keluarga.”

“Segala puji bagi Allah. Semoga terus dihujani keberkatan dan kegembiraan.”

Turut sama tumpang gembira dengan perkhabaran tersebut termasuklah Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“MasyaAllah, tabarakallah, alhamdulillah. Semoga menjadi anak penyejuk mata dan hati ayah bonda. Tahniah,” tulisnya.

Sekadar informasi, Noh dan Athira mendirikan rumah tangga pada 23 September 2023.

Noh sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Mizz Nina pada 2011 sebelum berpisah pada Ogos 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan zuriat tetapi memiliki seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Musa.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Noh Salleh

Published by
Aizam Manaf