Setiap insan yang memiliki pasangan bersikap memahami antara satu sama lain pastinya menjadi antara salah satu kebahagiaan dalam mendirikan bahtera perkahwinan.

Begitulah yang dirasai penyanyi Mohd Razlan Mohamed Yusof atau sinonim dengan panggilan Lan Solo.

Perkongsian tersebut dibuat bintang berkenaan menerusi rancangan Famili Firdaus yang disiarkan di Astro OASIS Ramadan lalu.

Di samping itu, penyanyi berusia 34 tahun ini ada berkongsi kisahnya ketika tidak lagi bersama Kristal.

IKLAN

Insiden itu berlaku ketika bapa kepada empat cahaya mata ini menyertai program realiti nyanyian Gegar Vaganza 4, dua tahun lalu.

“Kisah saya tidak lagi dapat bersama dengan kumpulan Kristal buat saya paling rasa down.

“Saya percaya pada rezeki dan beruntung dapat isteri yang boleh berkerjasama dengan saya menguruskan kerjaya, dan alhamdulillah kami sama-sama sentiasa berusaha tanpa rasa putus asa,” katanya.

IKLAN

Kongsi bekas penyanyi bekas kumpulan Kristal ini, dia berasa bersyukur dan terharu apabila memiliki seorang isteri memahami.

Bukan itu sahaja, Lan juga memaklumkan bahawa isterinya, Sheila Razlan sentiasa ada bersama dirinya ketika jatuh bangun dalam kariernya sebagai anak seni.

IKLAN

“Rezeki bila berkeluarga tu berbeza sangat-sangat bebanding saya waktu bujang dulu, saya berasa sangat bersyukur,

“Saya selalu minta pendapat, berkongsi segala masalah saya bersama isteri saya dan dia sentiasa sokong saya susah senang saya dan bila kita usaha InsyaAllah kita akan dapat hasilnya itu nanti,” kongsi Lan menerusi rancangan tersebut.

Untuk rekod, Lan telah menamatkan zaman bujang bersama isterinya, Sheila Razlan pada 5 Disember 2009 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Foto : Instagram Lan Solo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI