Begitu kuat pendirian pengacara, pelakon dan usahawan, Neelofa yang menegaskan dia tidak akan membuka tudung walau sesaat.

Neelofa memberitahu kepada satu sumber, kejayaan yang diraih sekarang ini semua bermula sejak niatnya untuk bertudung tiga tahun yang lalu.

“Saya tidak terfikir dan tidak akan sesekali membuka tudung walau sesaat. Hijab ini membawa siapa saya sekarang,” ujarnya

Pengacara cantik ini berkata lagi, baru-baru ini dia menjadi salah seorang speaker wanita muda bertudung di New York untuk MiSK-UNPD Youth Forum. Dia juga percaya dengan imejnya yang bertudung ini sedikit sebanyak membuka mata mereka di sana.

‘Tidak akan Sesekali Membuka Tudung Walau Sesaat’ – Neelofa

IKLAN

“Saya juga pernah bertanya kenapa Swarovski mahukan saya, jawab mereka saya mewakili wanita muslim dalam usaha meluaskan promosi mereka kepada individu berbeza-beza,” ujarnya. 

Tambahnya lagi, nanti dia diminta untuk menjadi speaker di Boston untuk bercakap mengenai jenama tudungnya. Ini adalah bukti betapa besarnya kuasa sehelai hijab.

Terdahulu, Neelofa pernah dikecam kerana memakai seluar jeans koyak yang dikatakan nampak kulit kaki.  Namun usahawan ini berkata di dalam seluar koyak itu dia memakai satu lapisan seluar di dalam yang berwarna seperti kulit.

IKLAN

‘Tidak akan Sesekali Membuka Tudung Walau Sesaat’ – Neelofa

“Ini bukan pertama kali saya memakai seluar jeans koyak dan menyarung inner nude di dalam. Ketika mengacarakan Meletop pun saya pernah beberapa kali mengenakan gaya sama,” katanya lagi.

Dia juga turut mengulas tentang netizen yang mengkritik cara pemakaian tudung ketika di Milan Itali yang menampakkan anak-anak rambut terkeluar daripada hijab.

IKLAN

‘Tidak akan Sesekali Membuka Tudung Walau Sesaat’ – Neelofa

Pelakon wanita ini tidak cepat melatah sebaliknya menjawab kontroversi tersebut, mengatakan mungkin ada sesetengah pihak yang tidak pernah melihat fesyen-fesyen terbaru.

“Orang mungkin tak pernah melihat fesyen terkini dan saya memberi mereka peluang. Satu hari nanti mereka akan tahu,” jelasnya.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI