
Pelakon, Aishah Azman tampil memberikan reaksi selepas tindakannya berkongsi kata-kata semangat kepada aktor, Kamal Adli mendapat kecaman segelintir pihak.
Menurut Aishah, hantarannya itu tidak membawa sebarang maksud tersembunyi. Sebaliknya, dia hanya mendoakan yang terbaik buat rakan artis tersebut.
“Ramai jugak yang bitter dengan posting doa saya ini. Busuk naw hati kome. Ate mendoakan pun jadi salah ke kome?,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon drama Tiga Duda itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Threads.
Dalam masa sama, Aishah turut menyeru semua pihak agar tidak membuat andaian sendiri atau menyebarkan fitnah berkaitan hantarannya itu.
“Tiba-tiba pula kata kita nak ‘try’ Kamal Adli. Tiada pula saya tulis emoji-emoji love. Hanya sekadar mendoakan rakan industri yang saya pernah bekerjasama sekali.
“Tenang ya semua. Sebarkan doa, bukan fitnah,” kongsinya lagi.
Baru-baru ini, Aishah ada menitipkan doa semoga kehidupan Kamal baik-baik sahaja selepas ini.
Moga yang baik-baik sahaja buat KA (Kamal Adli). Semoga Budin terus kuat. Ikhlas dari Dr. Afifah.
Bagaimanapun, hantaran tersebut telah disalah tafsir oleh segelintir pihak yang mendakwa Aishah seolah-olah sengaja ingin mencari perhatian Kamal selepas aktor itu sah bercerai dengan isterinya yang juga pelakon, Uqasha Senrose pada Isnin.
Sekadar informasi, Aishah dan Kamal pernah bergandingan bersama menerusi drama Dia Imamku.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Aishah Azman