Aktres, Erra Fazira menjelaskan kunjungan penyanyi, Shahir bersama keluarga ke rumahnya pada 1 Syawal lalu tidak lebih daripada berkunjung untuk beraya, tanpa adanya sebarang perbincangan untuk merisik atau bertunang.

Pelakon dan penyanyi ini juga mejelaskan berkata, mereka sekeluarga sudah saling mengenali dan tiada masalah untuk saling kunjung-mengunjungi.

“Sudah lama kenal dengan keluarganya. Jadi tiada sebarang perbincangan atau majlis merisik diadakan pun, hanyalah datang beraya saja.

IKLAN

“Malah tiada masakan istimewa hanya juadah raya sajalah,”katanya dalm nada seloroh kepada MH.

Pada masa sama, Erra memberitahu setakat ini, tiada sebarang perkembangan baru mengenai hubungannya dengan Juara Akademi Fantasia 8 berkenaan.

IKLAN

Katanya lagi, mereka juga tidak mengenakan pakaian sedondon Aidilfitri lalu.

IKLAN

“Tiada Sebarang Perbincangan Atau Majlis Merisik,” – Jelas Erra Fazira Isu Shahir Datang Beraya Bersama Keluarga

“Pakai pun tidak sedondon. Anda pasti dengan kecewa dengan jawapan saya kerana kami masih berkawan dan terimalah jawapan itu untuk masa sekarang,” katanya ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama pelakon Bikin Filem di TGV The Strand Mall, Damansara.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI