Ads

Tiada Jodoh, Lee Dong-wook & Suzy Sah Berpisah!

Hanya selepas 4 bulan pasangan Lee Dong-wook dan Suzy mengumumkan hubungan mereka, kini peminat nampaknya harus menerima kenyataan bahawa kedua-duanya tiada jodoh.

Semalam, agensi Suzy, JYP Entertaiment, mengesahkan kedua-dua pelakon tersebut telah berpisah.

“Ya, Suzy dan Lee Dong-wook sudah berpisah. Sebab utama adalah kerana jadual kedua-dua mereka yang padat menyukarkan mereka untuk bertemu.

“Itu menyebabkan hubungan mereka renggang dan lebih senang berpisah,” tulis kenyataan tersebut.

Tiada Jodoh, Lee Dong-wook & Suzy Sah Berpisah!

Ads

Sementara itu, agensi Dong-wook, King Kong by Starship turut mengeluarkan kenyataan yang serupa.

“Benar Lee Dong-wook dan Suzy sudah berpisah. Hubungan mereka renggang kerana jadual yang padat,” tulis kenyataan itu.

Tiada Jodoh, Lee Dong-wook & Suzy Sah Berpisah!

Ads

Menerusi laporan Soompi, kedua-dua mereka kini sibuk mempersiapkan diri untuk drama akan datang mereka.

Lee Dong-wook bakal muncul dalam drama di bawah JTBC, Life bakal disiarkan Julai ini manakala Suzy pula menyiapkan diri untuk wataknya dalam drama Vagabond di samping Lee Seung Gi.

Ads

Kedua-kedua selebriti mengesahkan mereka bercinta pada Mac lalu. Semua bermula apabila foto mereka sedang ‘dating’ tersebar di media sosial seterusnya membawa kepada hubungan cinta.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dulu Pernah Terima Bantuan Kelengkapan Sekolah & Makanan, Sekarang Aliff Syukri...

Pengasas kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mencatat pencapaian manis yang tersendiri apabila sekali lagi muncul sebagai pembayar zakat perniagaan tertinggi kepada Lembaga...
error: Hello. Cannot.