Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Home Uncategorized The Rock Akhirnya Buka Rahsia Mengapa Work Out Bagai Nak Rak!

The Rock Akhirnya Buka Rahsia Mengapa Work Out Bagai Nak Rak!

Bintang gusti hiburan yang kini bergelar pelakon, The Rock atau lebih sinonim dengan nama komersial Dwyane Johnson di Hollywood mengakui dia ada sebab tersendiri untuk mula memberi tumpuan kepada sukan bina badan, sehingga mendapat tubuh yang kekar sehingga kini.

Katanya pengalaman menjalani kehidupan yang sukar ketika zaman remaja, membuatkan dirinya beralih fokus terhadap perkara lain, daripada memikirkan isu tersebut.

The Rock Akhirnya Buka Rahsia Mengapa Work Out Bagai Nak Rak!

IKLAN

Rock mulai melakukan latih tubi untuk mendapatkan tubuh sasa bermula ketika usianya mencecah 13 tahun, apabila keluarga perlu meninggalkan kediaman kerana tidak mampu bayar sewa rumah.

Kongsinya lagi, demi mendapatkan bentuk tubuh ideal, pelakon yang direkodkan sebagai antara pelakon termahal mengakui setiap hari dia hanya tidur antara tiga hingga lima jam sahaja.

IKLAN

The Rock Akhirnya Buka Rahsia Mengapa Work Out Bagai Nak Rak!

“Kalau nak diikutkan, rutin saya di gim berubah-ubah. Bagaimanapun, setiap sesi saya sering buat empat set dalam latihan, dengan rehat selama 60 ke 90 saat setiap sesi.

 

“Saya selalu cabar diri untuk terus berlatih, bergantung kepada kemampuan saya pada tempoh berkenaan,,” katanya seperti yang dipetik laman Independent UK.

Malah, aktor filem Skyscraper dan Rampage ini juga memberitahu, dia lebih selesa untuk melakukan latihan di gim pada sebalah malam.

IKLAN

Foto: Instagram The Rock

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI