Nama Gua Tham Luang yang terletak di Chiang Rai, Bangkok mula menjadi sebutan ramai apabila 12 remaja dan jurulatih pasukan bola sepak mereka ditemui terperangkap di dalamnya hampir 14 hari tanpa makanan, minuman dan cahaya matahari.

Menurut laporan Astro Awani, remaja berusia 11 hingga 16 tahun ke kawasan tersebut bersama jurulatih mereka yang berusia 25 tahun kerana ingin berkelah sambil meneroka kawasan gua tersebut bagi menyambut hari kelahiran salah seorang daripada mereka.

Bagaimanapun, hujan lebat yang melanda membuatkan kesemua 13 orang itu menumpang teduh di dalam gua berkenaan, berikutan hujan yang tidak berhenti selama beberapa hari membuatkan mereka masuk ke dalam gua dan akhirnya terperangkap apabila pintu masuk gua itu digenangi air.

#ThaiCaveRescue Trending Di Twitter, Satu Dunia Titip Doa

Pasukan penyelamat bagaimanapun berjaya mengesan kedudukan mereka setelah 10 hari kehilangan mereka dilaporkan. Kebanyakan daripada mangsa sudah lemah kerana tidak makan dan minum beberapa hari lamanya.

#ThaiCaveRescue Trending Di Twitter, Satu Dunia Titip Doa

IKLAN

Namun begitu, pasukan penyelamat berdepan dengan waktu sukar untuk menyelamatkan mangsa kerana keadaan gua dan juga waktu menunggu air surut akan mengambil masa 4 bulan lamanya.

Dalam pada itu, usaha pasukan penyelamat mengepam air keluar juga tidak membuahkan hasil membuatkan mereka harus menggunakan kaedah selam untuk membawa kesemua mangsa keluar.

#ThaiCaveRescue Trending Di Twitter, Satu Dunia Titip Doa

Setakat operasi menyelamat dilakukan, seorang bekas ahli tentera laut Thailand, Saman Gunan menemui ajalnya apabila dia kehabisan oksigen sewaktu memberikan bantuan kepada mangsa.

IKLAN

Bermula semalam, operasi menyelamat berbahaya itu dimulakan dan setakat ini 6 orang sudah berjaya dikeluarkan dari gua tersebut.

Insiden ini membuatkan seluruh Thailand bersatu dan memberikan bantuan kepada pasukan penyelamat manakala satu dunia turut sama memberikan doa buat kesemua 13 mangsa.

Malah, #ThaiCaveRescue juga turut trending beberapa hari di Twitter. Apa-apapun, MH mendoakan kesemua mangsa dapat diselamatkan.

IKLAN

#ThaiCaveRescue Trending Di Twitter, Satu Dunia Titip Doa

#ThaiCaveRescue Trending Di Twitter, Satu Dunia Titip Doa

#ThaiCaveRescue Trending Di Twitter, Satu Dunia Titip Doa

#ThaiCaveRescue Trending Di Twitter, Satu Dunia Titip Doa

Foto: Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI