Categories: Berita Hiburan

“Terus Terbang Tinggi, Kami Merayakan Kemenanganmu,” – Dedikasi Buat Misha Omar Atas Kejayaan Ernie Zakri, Tumpang Bangga!

Share

Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.

Menurut Misha, Ernie bukan sahaja seorang penyanyi yang bagus tetapi dia juga disifatkan sebagai figura yang sentiasa memberikan inspirasi.

“Tahniah kepada baby kita. Satu-satunya Ernie Zakri. Terlalu banyak kalau nak tulis dekat sini.

“Betapa kehadiran insan kecil ini banyak memberikan inspirasi untuk saya,” tulisnya.

Luah rasa tersebut dikongsikan penyanyi lagu, Break itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories, pada Sabtu.

Dalam masa sama, Misha turut meletakkan harapan tinggi buat Ernie untuk terus sukses dan meraih kejayaan lebih besar pada masa akan datang.

“Terus terbang tinggi sayang. Kami semua merayakan kemenanganmu dengan penuh pandangan dan harapan yang tinggi. Tahniah sekali lagi,” kongsinya lagi.

Terdahulu, selain merangkul trofi utama ABP37, isteri kepada penyanyi Syamel ini juga turut menerima trofi bagi ketegori Penyanyi Wanita Popular.

Ernie turut mencipta sensasi tersendiri apabila meraih lebih 124 juta undian peminat sekali gus menjadikan dirinya sebagai artis paling popular.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Misha Omar

Published by
Aizam Manaf