Hos, Azwan Ali menzahirkan rasa syukur apabila kini sudah pun mendiami sebuah unit kondominium yang dibeli.

Menurut Azwan, unit terbabit berharga lebih setengah juta dan ia hampir mencecah RM1 juta keseluruhan kerana melalui proses renovasi dan sebagainya.

“Rumah yang saya beli berharga lebih RM600,00, cuma nilai harganya hari ini mencecah RM1 juta bersama dengan fasiliti yang ditawarkan.

“Bukan nak cakap besar, kediaman tersebut bagi saya terlalu sofistikated. Ingatkan jenis kondominium mahal yang biasa-biasa saja.

“Tetapi ia sebaliknya. Daripada lobi sehinggalah kepada kemudahan yang lain, memang baik,” katanya kepada MH.

IKLAN

Bagaimanapun, perkongsian pelakon drama Diva Popular ini mengenai perkara tersebut menjadi buah mulut netizen yang seolah-olah tidak percaya.

“Lalu, perkara tersebut membuatkan ada yang percaya dan tidak bila saya kongsikan di media sosial. Contohnya, ada yang pertikai mengenai keluasan kondominium berkenaan.

IKLAN

“Saya terus terang, tak malu nak cakap. Memang saiznya tak besar mana. Tetapi nilainya yang mahal. Ada yang kata beli kondo kecil pun kata sejuta.

“Dia memang ‘facing’ KLCC. Jadi sesiapa yang mencabar, kata saya propa… mari sini! Tapi saya tak akan buat ‘live’ atau tunjuk kerana saya bukan ‘jakun’ KLCC. Perlu ke?,” katanya lagi.

IKLAN

Sementara itu, Azwan teruja kerana impiannya untuk mendiami rumah baru menjadi kenyataan selain bersyukur rezekinya dalam seni kian murah.

Pada masa sama, Azwan menjelaskan dia menyewa kediaman lain selama tiga tahun sebelum mendapat kunci lebih awal bagi mendiami kondominium terbabit.

“Ia sebenarnya dijangka siap sekitar tahun 2022. Namun syukur saya dapat kunci awal. Jadi saya pindah lebih cepat dari yang dijangkakan,” akhirinya.

Foto: Instagram Lagu Cinta Kita

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI