Pelakon Farhan Asri terkejut apabila wajahnya dikatakan seiras dengan Hisyam Hamid selepas keduanya digandingkan sebagai adik-beradik dalam drama bersiri, Cukup Derita Itu yang ditayangkan di slot Samarinda TV3.

Menurut Farhan, dia ada menerima beberapa kiriman foto yang menyamakan wajahnya dengan bintang kelahiran Singapura itu di Instagram namun hanya mampu ketawa.

Malah dia turut menyifatkan, persamaan yang digambarkan itu sebagai bagai langit dan bumi.

“Terus Terang, Saya Malu Kerana Wajah Kami Bagai Langit Dengan Bumi,” – Farhan Asri Seiras Hisyam Hamid? Ini Kenyataan Tuan Badan “Terus Terang, Saya Malu Kerana Wajah Kami Bagai Langit Dengan Bumi,” – Farhan Asri Seiras Hisyam Hamid? Ini Kenyataan Tuan Badan

“Mungkin sekali imbas ada iras tapi saya tak rasa kami memiliki wajah yang hampir serupa. Tapi kira okeylah apabila ada yang kata kami ada iras dan digabungkan sebagai adik-beradik dalam drama ini.

IKLAN

“Terus terang saya agak malu kerana wajah kami bagai langit dengan bumi. Tambahan Hisyam adalah seorang aktor yang cukup disegani dan hebat manakala saya ini hanyalah insan yang baru nak mengintai peluang dalam bidang ini.

“Tapi apapun komen positif yang diberikan saya jadikan perkara itu sebagai pembakar semangat supaya saya berjaya sepertinya satu hari nanti,”  katanya.

Farhan pada masa sama menjelaskan, dia tidak pernah berputus asa untuk menantikan bakat seninya dikenali ramai meski sudah empat tahun terjun dalam bidang lakonan, sejurus menyertai Pencarian Hero Remaja sezaman Alif Muhaimin.

IKLAN

“Saya masih anggap perjalanan saya dalam bidang lakonan ini masih baru. Tempoh empat tahun ini mengajar saya banyak perkara.

“Mungkin separuh orang menganggap saya sepatutnya sudah dikenali ramai atau popular tapi bagi saya biarlah nama saya lambat naik asalkan  tawaran lakonan sentiasa ada.

IKLAN

“Apa yang paling merisaukan saya jika kehadiran saya dikenali ramai tapi tiba-tiba nama saya merudum dan hilang daripada industri seni. Itu lebih menggerunkan sebab bidang lakonan adalah punca utama rezeki saya.

“Alhamdulillah sepanjang empat tahun ini tawaran lakonan sentiasa ada, tidak kiralah watak pembantu atau utama. Ada saja  penerbit-penerbit yang tidak pernah saya bekerjasama telah beri saya peluang seperti dalam drama Cukup Derita Itu terbitan SR One Sdn Bhd,” katanya.

“Terus Terang, Saya Malu Kerana Wajah Kami Bagai Langit Dengan Bumi,” – Farhan Asri Seiras Hisyam Hamid? Ini Kenyataan Tuan Badan“Terus Terang, Saya Malu Kerana Wajah Kami Bagai Langit Dengan Bumi,” – Farhan Asri Seiras Hisyam Hamid? Ini Kenyataan Tuan Badan“Terus Terang, Saya Malu Kerana Wajah Kami Bagai Langit Dengan Bumi,” – Farhan Asri Seiras Hisyam Hamid? Ini Kenyataan Tuan Badan“Terus Terang, Saya Malu Kerana Wajah Kami Bagai Langit Dengan Bumi,” – Farhan Asri Seiras Hisyam Hamid? Ini Kenyataan Tuan Badan

Selain Farhan dan Hisyam, drama bersiri 40 episod arahan Along Kamaludin itu turut dibintangi Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, dan Lia Natalia.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI