Berita

“Terus Berdiri Dan Lawan, Jangan Menyerah,” – Namron Luah Harapan Terhadap Que Haidar, Mohon Tak Hilang Lagi

Share

Pelakon Namron menyatakan sokongan penuh terhadap aktor, Que Haidar selepas namanya menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

Menurut Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, Que disifatkan sebagai seorang pelakon yang sangat berbakat.

Namun, dia pernah membuat keputusan besar untuk meninggalkan kerjaya demi memberi tumpuan kepada keluarga.

“Saya akan sentiasa menyokong Que Haidar.
Pernah meninggalkan kerjaya, impian dan cita cita demi untuk keluarga,” tulisnya.

Perkongsian tersebut dibuat oleh pelakon filem La Luna itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh Que berehat, industri seni sememangnya merindui kehadiran seorang pelakon yang sentiasa meninggalkan kesan mendalam dalam setiap naskhah lakonannya.

Harapan Agar Que Terus Kuat

Dalam pada itu, Namron turut meluahkan rasa terhadap tindakan segelintir pihak yang didakwa cuba mematahkan semangat Que untuk kembali ke dunia seni.

“Pernah merasa kehilangannya dalam dunia seni rindu untuk melihatnya beraksi. Kini ketika dia kembali untuk mengubati rindu kami, dia cuba dirampas semula dari kami,” kongsinya.

Sehubungan itu, Namron berharap agar Que kekal kuat dan tabah dalam menghadapi segala ujian yang sedang dilalui ketika ini.

“Tolong jangan menghilang lagi. Terus berdiri dan lawan. Jangan menyerah. Aku tahu kau kuat,” ujarnya lagi.

Terdahulu, nama Que menjadi perhatian ramai selepas timbul dakwaan berat yang dikaitkan dengannya sejak akhir-akhir ini.

Susulan isu tersebut, Que juga dilihat tidak aktif di media sosial sejak beberapa hari lalu, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Que Haidar & Threads Namron

Published by
Aizam Manaf