Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz ada berkongsikan makna ‘single’ kepada dirinya namun terselit juga sedikit lawak menerusi perkongsiannya itu.

“Sebelum kita bertiga berumah tangga, mari nikmati zaman bujang bersama…nanti mesti rindu nak macam ni.

“Yaa…Ternyata nikmat single tu adalah erti sebuah kebebasan.

“Bila bebas kau nak mintak dijaga, bila dijaga kau rindu nak bebas,kau nak apa? Tapi lagi seronok single.

“Keluar cuci mata, terlanggar bahu mamat hensem,mintak follow kat Instagram, kenal-kenal lepas tu buat hal memasinglah sebab lepas tu ko mesti tak jumpa dah atau ko sempatlah skandal kejap lepas tu putus sebab dia nampak kau kat IG like gambar ex kau

“Lepastu dia balas balik. Ha… sampai kesudah mcmtu.#takdejodohlahtu hahahaha.

“Lepas tu travel lagi, jumpa lagi…Kali ni terhantuk kepala mat saleh muka macam Adam Levine, lepas tu sambung sendiri…

“Ok sebenarnya single lagi best cuma sampai bila nak macam tu? Kita makin tua, zaman nakal dah habis…Buat masa ni,selagi kau belum kawen, enjoy ur single life. kbai,” tulisnya di Instagram.

https://www.instagram.com/p/BlkzxjOgo6y/?hl=en&taken-by=zulinaziz

Alahai Zulin, cakap melalui pengalaman sendiri ke tu? Tapi, pada MH lah, mesti ada juga yang pernah melalui pengalaman yang dikongsi Zulin itu kan?

IKLAN

MH difahamkan, Zulin kini berada di Phuket, Thailand, sedang bercuti dengan rakan-rakannya. Wow!

IKLAN

https://www.instagram.com/p/BlklzCNnKHs/?hl=en&taken-by=zulinaziz

IKLAN

Apa-apapun, MH yakin, setiap orang sudah disediakan jodoh masing-masing, jadi kepada mereka yang masih single ni, ‘enjoy your single life’ okay!

Foto: Instagram Zulin Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI