
Setelah sekian lama peminat berteka teki, penyanyi yang juga bekas anggota kumpulan, Dolla, Syasya Rizal akhirinya memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh Syasya menerusi hantaran terkini di Instagram.
“Alhamdulillah, kami simpan rahsia indah ini sepanjang tahun. Jadi, cuba bagitahu saya, kalian team ‘Mini Shizuka’ (anak perempuan) atau ‘Mini Nobita’ (anak lelaki) 2.0,” tulisnya.
Dalam pada itu, Syasya akui terkejut bila ada pihak yang meramalkan dia bakal menyambut kelahiran bayi kembar sepasang gara-gara memuat naik video meletupkan konfeti berwarna merah jambu dan biru.
Jelas Syasya lagi, dia dan suami memuat naik video berkenaan kerana mereka sebenarnya masih belum mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan itu.
“Terkejut juga baca komen ramai ingat anak kembar. Rupanya ini caranya para ibu bapa buat gender reveal anak kembar.
“Sebenarnya, kami letupkan (konfeti) kedua-dua warna sebab memang belum betul-betul tahu jantina anak lagi. Kami letupkan untuk gambar sahaja.
“Video ultrasound tu pun dari Google sahaja bukan yang sebenar,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Syasya turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah memanjatkan doa buat dirinya dan kandungan.
“Masya-Allah, Tabarakallah. Terima kasih kepada anda semua yang menitipkan doa yang baik-baik. InshaAllah mungkin rezeki kalian selepas ini pula,” kongsinya.
Terdahulu, Syasya mendirikan rumah tangga bersama Nasrullah Mohd. Sapie pada 20 April 2024.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 December 2024.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini