Sejak Elyana mengumumkan kepada semua tentang penyakit kanser limfoma yang dihidapi selama 7 tahun yang lalu, dirinya tidak putus menerima jutaan kata simpati dari peminat sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, ada juga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mengecam Elyana dengan kata-kata yang agak melampau.

Mungkin pada azalinya kita melihat penyanyi ini sangat kuat dan tidak menunjukkan langsung rasa kesakitan yang ditanggung namun kenyataannya hanya dia yang dapat rasakan.

Setiap manusia ada had kesabaran masing-masing dan mungkin setelah banyak kata-kata negatif dilemparkan kepada penyanyi ini membuatkan Elyana bertindak untuk meluahkan perasaan sedihnya menerusi Instagram.

A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on

“Terima kasih kerana menghina wanita ini.Terima kasih juga kepada yang mendoakan dia cepat mati.Terima kasih juga yang menggambil kesempatan.Terima kasih kerana menuduh saya ingin kan perhatian.Terima kasih juga kepada yang menuduh tanpa bertanya cerita sebenar.Terima kasih kepada anda yang mengatakan saya berbohong.Terima kasih untuk anda yang gembira apabila saya sering di malukan di khalyak ramai.

 

“Terima kasih semua.. Tak apa lah..mungkin anda belum lagi merasa apa yang saya rasa selama ini.

 

“Saya juga sama seperti anda semua manusia biasa,tidak kuat..punya keinginan,punya cita-cita, ingin merasa sihat tanpa menahan sakit.Tapi ini takdir saya.Saya terima.

 

“Kita semua akan mati.Bukan pesakit Kanser sahaja.Saya harap kita jaga amalan kita sendiri.Jika tidak ada apa-apa yang baik untuk dikatakan, ditulis dan di lakukan ,lebih baik diam.

 

“Saya Elyana pesakit Kanser Stage 4? #chemosewaktubulanpuasatahunini,” tulis Elyana pada ruang kapsyen perkongsiannya.

Sayu pula hati MH setelah membaca luahan hati Elyana ini. Seharusnya kita sebagai orang luar perlu memberi dorongan dan sokongan kepada Elyana agar dia terus kuat dan semangat untuk melawan penyakit kanser limfoma tahap empat yang dialaminya bukan melemparkan kata-kata yang boleh membuatkan dia lemah.

IKLAN

Di ruang komen pula rata-rata peminat Elyana semuanya berdoa yang baik-baik untuk artis kesayangan mereka ini.

wajahlestary: Bertabah la kamu….,,,sesungguhnye ALLAH maha mengetahui..,,,penyakit penghapus Dosa…

shawnniko: Stay positive @elyanaofficial. Be strong. Pray always for your recovery. Mukjizat sentiasa ada jika kita percaya padaNya. Rindu nak tgk u nyanyi dgn trademark kaki ayam u.. ? ?

IKLAN

fellaadorable: Stay positif. Ignore semua kata2 negatif. Keep calm & enjoy your life.

nurain_abdul_mannan: just be ur self sis…nobody know what u feel..manusia semue mcm tu…so be strong n be happy

Tidak ketinggalan juga rakan-rakan artis yang memberi dorongan kepadanya.

IKLAN

‘Terima Kasih Kerana Menghina’ – Elyana Luah Perasaan Di Instagram

‘Terima Kasih Kerana Menghina’ – Elyana Luah Perasaan Di Instagram

MH doakan agar Elyana sentiasa kuat untuk mengahdapi dugaan ini serta diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala.

Sumber: Instagram Elyana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI