Pelakon Uqasha Senrose memberikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di dalam drama terkini lakonannya, Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN).
Melalui video di Instagram, bintang cantik itu menyatakan dedikasi khas buat krew produksi, rakan pelakon dan peminat yang selama ini tidak putus-putus memberikan sokongan sepanjang ia bersiaran.
RASN yang mempunyai 48 episod telah pun tamat pada Isnin.
“Terima kasih banyak pada yang ikuti dan sokong drama Rindu Awak Separuh Nyawa dari episod pertama sampailah ke akhir. Terima kasih jadikan drama ini nombor satu.
“Tidak dilupa terima kasih kak Siti Rosmizah kerana pilih saya untuk pegang watak sebagai Kasih Maisara. Abang Along Kamaludin, pengarah yang banyak mengajar serta mengcungkil sisi lain Uqasha Senrose,” antara kata yang diucapkan kakak kepada pelakon, Nelydia Senrose ini.
Ads
Melihat ke ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi masing-masing dan rata-ratanya memuji komitmen mereka yang terlibat di dalam drama arahan Jamal Khan dan Along Kamaludin itu.
Selain Uqasha, RASN juga dibintangi Shukri Yahaya, Fizo Omar, Norreen Iman, Fiza Thomas, Fauzi Nawawi, Marsha dan ramai lagi.
Ads
Ia sebelum ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Arja Lee meluahkan rasa kecewa dengan cara kerja salah sebuah syarikat penghantaran kerana mendakwa pihak tersebut telah melakukan kerja mereka secara sambil lewa.
Jelas Arja, dia telah mengalami kerugian kerana kesemua biskut raya yang dihantar memerusi servis tersebut telah didapati rosak.
Katanya lagi, insiden seperti ini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi apabila kesemua biskut tersebut dihantar menerusi jalan darat.
“Kejadian yang baru sajer terjadi petang tadi dan saya amat KECEWA atas kelalaian ini. Ini tidak sepatutnya berlaku pada peniaga seperti kami @arjascookies ataupun semua peniaga di luar sana.
“Mana mungkin melalui jalan darat ia mengakibatkan GELORA YANG AMAT SANGAT pada kesemua 24 bekas tart nenas kami?
“Pasti SIKAP SAMBIL LEWA & TIDAK BERTANGGUNGJAWAB pekerja di pihak BEST EXPRESS adalah punca kejadian , bertanggungjawab lah sepenuhnya pada amanah berbayar ini ! SAYA AMAT KECEWA!,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Rembat itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi entri berasingan, Arja turut memaklumkan dia telah pun membuat laporan kepada pihak agar tindakan susulan dapat diambil.
“Kalau perlu untuk saya perjuangkan isu ini sampai ke akhirnya saya akan lakukan. Saya mohon jasa baik pihak-pihak yang berkaitan @kpdnhep @kpdnhepkelantan untuk membantu saya dan @arjascookies dalam menangani masalah ini. Untuk itu jutaan terima kasih saya dahulukan !
“Terus diam tanpa jawapan mengapa takut pada kebenaran? Bersuaralah demi satu jawapan!,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh Arja selain turut berharap agar pihak yang terlibat dapat bertanggungjawab sepenuhnya didalam isu tersebut.
“As a seller myself, this is so devastating bro. I hope that you will get an answer and most importantly justice Arja. Please stay strong.
“Good luck beb. Fight beb, it’s your right. I’ll support you.
“Ya Allah, ujian betul. Semoga murah rezeki lagi selepas ini,” antara kata-kata semangat yang ditinggalkan netizen di ruangan komen.
Sumber: Instagram Arja Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gelaran ‘Oppa Malay’ yang diberikan kepada penyanyi berusia 26 tahun ini ketika menyertai program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) tahun lalu membuka lebih banyak ruang dan peluang dalam kerjaya nyanyiannya.
Tidak hanya dari segi penampilan, Meer Nash turut memanfaatkan gelaran itu dengan mula berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu apabila menghasilkan single berjudul SARANGHAE yang mengetengahkan muzik dan eleman K-Pop.
Bagi Meer Nash atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul single berjudul Saranghae yang diterbitkan Universal Music Malaysia (UM) yang dilancarkan secara rasmi pada 18 Jun ini adalah percubaan dan pertaruhan pertamanya bergelar komposer dan penulis lirik secara serius.
“Saranghae adalah hasil karya saya sendiri. Kalau ikutkan lagu ini bukan lagu pertama saya. Sebelum ini saya pernah tulis beberapa lagu, tapi saya berasakan masih belum cukup bagus lagi untuk diketengahkan. Namun, apabila saya menulis lagu ini saya suka dan ia boleh dikomersialkan.”
“Alasan kenapa nak masukkn elemen dan frasa Korea kerana selepas ICYVMY orang mula panggil saya Oppa Malay. Jadi saya nak gunakan identiti yang diberikan itu. Berdasarkan penampilan saya, jadi keputusan masukkan eleman K-Pop dalam lagu ini sedikit sebanyak menjawab alasan ini.”
“Saya tulis melodi dulu yang memang ada bunyi muzik K-Pop, dari situ idea muncul untuk lirik dan keseluruhan lagu ini. Dari melodi pertama lagu ini, saya sudah tahu lirik apa yang sesuai. Saya mahu buat lagu ini macam lagu-lagu lama Justin Bieber yang memuja dan memujuk wanita,” katanya.
Walaupun muzik yang ingin dipersembahkan dalam lagu Saranghae sesuatu yang digemari, Meer Nash mengakui ia bukan semudah yang disangka apatah lagi ketika ingin menyiapkan lagu ini.
“Selepas habiskan bahagian korus, saya sangat suka. Tapi bahagian ‘verse’ yang saya tulis tak berapa suka. Jadi, saya jumpa seorang rakan juga pemuzik. Cuma dia tak pernah tulis lagu. Saya ajak dia tulis bahagian ini bersama-sama. Tak sampai sejam, kami dapat siapkan lagu ini.”
“Lirik lagu ini pada awalnya saya berasa kosong. Sebab ini pertama kali saya tulis lagu dan lirik. Saya ada bertanya pada kawan juga. Sebab dia pernah menyertai grup K-Pop jadi dia tahu cakap Korea. Saya tanya dan minta pendapat dia untuk muzik lagu ini. Dia ada idea tersendiri dan dia bantu saya. Selepas siapkan lagu ini, saya ada rujukan idea untuk gubahan muzik lagu.”
“Saya bertanya pula pada rakan lain sama ada dia kenal mana-mana penggubah muzik yang boleh realisasikan perkara ini. Saya jumpa penggubah muzik dan ada tambah elemen lain supaya ia lebih menarik. Saya kalau boleh tak nak K-Pop semata-mata. Jadi, bahagian korus ada eleman reggaeton. Saya nak sesuatu yang segar. Banyak kali juga tukar gubahan muzik sebelum dirakamkan,” katanya.
Dalam masa sama, Meer Nash berkongsi laguitu dirakamkan dua kali kerana tidak berpuas hati dengan hasil rakaman pertama.
“Masa nak pilih lagu untuk single baharu, pihak UM hantar banyak demo lagu. Semua ok, tapi tak kena jiwa saya. Saya nak yang ala-ala K-Pop sebab saya percaya dengan muzik ini. Itu sebab saya cuba hasilkan lagu Saranghae ini dan memang mahu kedepankan elemen ini.”
“Pertama kali rakam, saya suka ‘vibes’ sebab mudah nak lontarkan vokal. Dengar di studio okay, tapi dengar di rumah macam ‘plain’. Sedangkan ketika itu sudah siap ‘mastering’. Jadi, saya minta nak rakam semula dan janji akan lebih baik. Rakaman kedua barulah menjadi.”
“Jurutera bunyi yang terbabit pun tahu yang mana kekuatan mereka adalah buat lagu rancak macam ini. Jadi, mereka tanya saya bahagian mana nak tambah harmoni dan lain-lain. Saya kalau boleh nak orang ingat bahagian-bahagian dalam lagu ini.
“Dari awal saya buat melodi dan lirik, saya sudah dapat bayangkan susunan lagu ini macam mana. Saya sangat suka dan gembira dengan hasil lagu ini. Semua yang terbabit dalam lagu ini berjaya buat bahagian mereka,” katanya.
Selain tidak sabar menunggu reaksi daripada peminat menerusi lagu Saranghaeitu, Meer Nash juga teruja untuk beraksi menari dalam video muzik.
“Saya bukan penari profesional, tapi perkara ini yang buatkan saya nak buat dan belajar. Apabila menyertai pertandingan Chinese Bridge ke-16 di Changsha, China pada 2017, di sana ada yang boleh ajar menari dengan cepat. Saya pula jenis yang cepat tangkap.
“Cuma selepas balik ke Malaysia, saya tak menari dah. Saya sudah lupa semua. Tapi apabila masuk kelas menari yang disediakan oleh pihak UM, awal-awal saya sangat letakkan usaha untuk ingat langkah. Dari situ boleh majukan diri dan tak nampak janggal.”
“Diakui memang susah tapi lama-lama okay. Apabila buat penggambaran video muzik, saya berharap semuanya okay,” katanya.
Meer Nash turut menyasarkan kelompok peminat muzik K-Pop kerana yakin lagu Saranghae mudah diterima selain mesra telinga.
“Sasaran saya untuk lagu ini adalah peminat K-Pop. Sebab dalam negara kita ada ramai peminat K-Pop. Jadi, gelaran yang diberikan ini saya nak gunakan sebaiknya. Baik dari segi pakaian, mekap dan muzik itu sendiri. Jadi, itu hala tuju saya ketika ini.”
“Saya juga berharap masyarakat dan peminat muzik di Malaysia suka. Lagu ini sebenarnya mesra telinga apatah lagi melodi sangat mudah diingati. Ini lagu pertama yang saya tulis dan akhirnya dapat dilancarkan. Saya sangat teruja. Saya cabar diri untuk menghasilkan lagu ini.”
“Sebelum ini saya tak percaya pada diri yang boleh hasilkan lagu, tapi untuk kali ini saya cuba keluar dari zon itu dan berjaya buat. Tentu saja nak melihat sejauh mana maklum balas orang ramai terhadap karya ini. Orang suka atau tak. Keduanya, saya tidak pernah menari. Saya harap peminat suka walaupun akan ada kritikan. Apa pun saya harap semuanya berjalan lancar,” katanya.
Single berkenaan kini sudah tersedia di semua pelantar penstriman digital.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyai senior, Ella mengakui berasa amat bimbang dengan jumlah angka kematian akibat kes bunuh diri yang dicatatkan di Malaysia sepanjang bulan Mac sehingga Oktober tahun lalu.
Jelas Ella, tambah merisaukan apabila mejoriti daripada angka tersebut terdiri daripada mereka yang berbangsa Melayu dan bergama Islam.
Menurutnya lagi, tekanan perasaan bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh kerana ia boleh disifatkan sebagai ‘silent killer’.
“Baru baru ini , Ella terbaca satu laporan berbentuk artikel yang agak menakutkan. Sebanyak 266 kematian berpunca dari bunuh diri direkodkan sepanjang tempoh Mac hingga Oktober tahun lepas (satu hari sorang)!
“60% penyumbang statistik adalah dari komuniti Melayu Islam. Anxiety and depression is real guys, like a silent killerr.
“Tekanan perasaan bukan mainan, jangan perkecil keperluan anda atau sesiapa pun untuk mendapat sokongan dan bantuan,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Sepi Sekuntum Mawar Merah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagra.
Dikesempatan itu juga, Ella turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa meluangkan masa mengambil tahu mengenai keadaan orang-orang di sekeliling kita.
“Cuba cubalah ambil berat keluarga/kawan terdekat, mungkin saja ada yang perlukan teman bersembang dan mungkin juga perlukan rawatan kaunseling atau psikologi. Tiada apa yang perlu dimalukan.
“Ella cuma harap kita semua tahu bila masa yang tepat untuk mendapat/memberi sokongan. Di saat pandemik ini , tanya-tanya khabarlah mereka yang berdekatan sama ada kerabat, saudara mara, teman ataupun jiran.
“Tak semestinya bantuan kewangan ya, teman bercakap pun kadang-kadang lebih besar dan bernilai maknanya. Jangan pula kita berduka lara nanti setelah kehilangan seseorang yang tak terkembalikan. Salam sayang,” ujarnya lagi.
Ella turut memberi tahu, dia sebolehnya tidak mahu ada mana-mana pihak yang akan berasa menyesal dikemudian hari gara-gara lewat menghulurkan bantuan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan oleh Ella selain turut berharap agar keadaan negara dapat pulih seperti sedia kala.
“So true queen. Love you and miss you so much #peaceloverindu.
“Thanks for highlighting this and give awareness to the public. Indeed depression is REAL.
“Thank you very much Kak Ella sharing dan saling mengingati.
“Betul. Kadang duk terperap dalam rumah suami isteri pun ada benda boleh buat gaduh time pkp ni. Antara kita ramai yg ada depressi,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Ella
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...