Sebut sahaja nama Chef Wan pasti semua orang kenal dengan chef nombor satu Malaysia ini.

Baru-baru ini MH mendapat berita Chef Wan baru sahaja menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Seni Kulinari) di Majlis Konvokesyen ke-30 Universiti Utara Malaysia (UUM) tempoh hari.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh Chef Wan menerusi akaun Instagramnya dan pada salah satu perkongsiannya dia telah meluahkan rasa syukur di atas kejayaan yang diterimanya.

A post shared by chef wan (@chefwan58) on

“Alhamdulilah just recieved my award from Universiti Utara Malaysia my Honorary Doctor of Philosophy in Culinary Arts atau Ijazah Kehormat Doctor Falsafah Seni Kulinari.

 

“This morning in Sintok Kedah on their 30th convocation.

 

“My best 60th birthday present which is just a month away!, tulis Chef Wan.

Rata-rata peminat chef popular ini mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diperolehinya.

IKLAN

shahkhirsaad: proud of you chef wan.. terima kasih kerana mengharumkan nama.malaysia seantero dunia…

anawahid4: Alhamdulillah …. Congratulations my dear Chef Wan @chefwan58. You deserve it all … Salute ??????????

divatina1959: Alhamdulillah… Congrats DCW. You truly deserved this Award. So happy for you !!! ??

IKLAN

MH juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Chef Wan.

Kejayaan Chef Wan ini secara tidak langsung memupuk semangat orang ramai bahawa umur tidak menjadi sempadan bagi seseorang untuk berjaya.

Ini dia beberapa gambar Chef Wan yang MH ingin kongsikan…

IKLAN

Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, Chef Wan Anggap Ini Hadiah Hari Jadi Terbaik Di Usia 60 Tahun

Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, Chef Wan Anggap Ini Hadiah Hari Jadi Terbaik Di Usia 60 Tahun

Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, Chef Wan Anggap Ini Hadiah Hari Jadi Terbaik Di Usia 60 Tahun

Sumber: Instagram Chef Wan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI