Baru-baru ini, pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah diundang menjadi tetamu jemputan pada segmen Johara Pagi Era.
Pasangan selebriti yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dilihat ada berkongsi kisah detik perkenalan bersama pendengar di stesen radio berkenaan bagi menyahut cabaran ‘Do You Know Your Lover’.
Menjawab persoalan yang diberi pada papan tulis, penyanyi lagu Aku Cinta ini juga antara lain turut mengimbau momen awal hubungan percintaan mereka terjalin bersama.
Ads
“Depan rumah pun kira dating lah juga. Depan rumah ni masa awak minta ‘couple’ dengan saya! Kira dating lah tu.
“Tahun 2018 macam tu dia minta ‘couple’ dengan saya masa tu dia kata suka gila dekat saya,” akui Ernie.
Lalu, pendedahan tersebut membuatkan Syamel tersipu-sipu selepas cuba memberikan penjelasannya.
Drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 yang telah menjadi perhatian penonton setia drama tempatan kini telah pun melabuhkan tirai pada malam Isnin.
Pelakon, Jasmin Hamid ada memberi penjelasan mengenai pengakhiran watak Hayati yang dilakonkan menerusi drama berkenaan.
Jasmin memberitahu kisah watak Hayati berbeza daripada penceritaan dalam novel kerana syarikat produksi harus mengikuti piawaian stesen televisyen.
“Mungkin ada yang bertepuk tangan dan puas hati bila Hayati meninggal.. Yang penting Hayati dapat minta maaf pada semua orang, dapat peluk cium Mia dan maafkan segala kesalahan Mia sebelum dia meninggal
“Allah Maha Pengampun dan Maha Baik. Pintu Taubat sentiasa terbuka buat hambaNya. Pemergian Hayati amat di cemburui.
“Dalam keadaan berwuduk untuk menunaikan Solat Subuh berjemaah dan meninggal di depan masjid dengan wajah yang tenang.
“Punca kematian sebab HEART ATTACK dan bukan HIV seperti dalam Novel kerana ia harus mengikut garis panduan pihak penapis dan TV Station untuk memberikan contoh yang baik pada masyarakat bila di visualkan,” katanya.
Pada masa sama, Jasmin menambah jangan dihakimi sikap orang, sebaliknya mendoakan yang baik-baik.
“Walaupun permulaan hidup Hayati penuh dengan Dosa tapi pengakhiran hidupnya amat baik.
“Sebab itu bila kita melihat kejahilan seseorang, hendaklah kita mohon pada Allah supaya di berikan Hidayah buatnya. Doakan yang baik-baik.
“Bukan menghukumnya, jangan jadikan diri lebih hebat dari TUHAN.
“Akhlak family Pak Samad yang sering memaafkan kesilapan manusia, patut di contohi oleh masyarakat..Kita dah tau pengakhiran hidup HAYATI..Bagaimana pula dengan kita??,” tulisnya.
Dalam pada itu, Jasmin berharap penonton boleh menjadikan watak Hayati sebagai pengajaran atau satu contoh yang baik kepada penonton.
“So doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik dan moga Allah terima segala amal ibadat dan taubat kita agar kita mendapat HUSNUL KHATIMAH.
“Semoga segala message yang ingin family #7HariMencintaiku2 sampaikan ini, melekat pada hati penonton dapat di jadikan pengajaran dan iktibar..
“Terima kasih kepada Puan @sitirosmizahsemail, Sutradara @khanmancung dan pihak @tv3malaysia kerana beri peluang dan kepercayaan kepada saya untuk menjayakan watak HAYATI..
“Begitu juga kepada seluruh family #7HariMencintaiku2 yang memberikan sepenuh kerjasama sepanjang pembikinan drama ini..Terima kasih kepada Sutradara @kasroshan kerana editing yang terbaik dan kepada penyanyi-penyanyi untuk OST drama ini
“Tak di lupakan kepada uols yang support drama #7HariMencintaiku2 dan percaya dengan watak HAYATI.. LOVE UOLS,” tulisnya panjang lebar.
“My ex boifren @nazry_84. Sistur Kembang semangkuk ni Buatan dia la tu. Sis dah 35weeks (8bulan) dah @bebyeejunior.
“Lately ni asyik nak tido & penat jeee. Pastu tido guling sana guling sini tak selesa. Tak dpt position tido yg best.
”Mummy-mummy yg preggy mcm mana?,” tanya Beby di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Beby mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang dikenali sebagai Nazri, pada tahun 2008.
Beby juga sebelum ini pernah tular kerana berpenampilan seperti duyung hingga diberi jolokan ‘Mermaid Malaysia’ kerana memiliki pinggang bersaiz 23 inci.
Foto: Instagram Beby Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Naqiu atau nama sebenarnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib,34, ada berkongsi fotonya sekeluarga bersempena dengan sambutan Hari Raya Korban, minggu lalu.
Sambil memberikan kapsyen humor menerusi Instagram, juara program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) ini turut mendedahkan dirinya sudah mempunyai lima orang anak.
“Alamak pecah dah rahsia! Saya dah ada 5 org anak lah.
“Jatuh menjunam saham! Hmmm so tak boleh nk guna hashtag #BakalMenantuMakAwak dah, tapi kalau #BakalAyahMertuaAwak ok?!,” tulis Naqiu.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...