Pelakon, Zahiril Adzim berkongsi kepuasannya diberi lampu hijau pihak produksi untuk menjayakan wataknya dalam drama bersiri Original Iflix, KL Gangster Underworld.

Katanya, pada mulanya dia berasa agak kekok kerana tidak pasti apa yang harus dilakukannya, namun setelah diberi lampu hijau, dia memberikan yang terbaik untuk menjayakan watak Adi itu.

“Kalau ikutkan skrip, memang lah ada perkataan yang tidak elok tapi macam tak sampai pula, saya kalau boleh nak lah hidupkan watak saya supaya orang boleh kaitkannya dengan realiti contohnya, orang boleh kata yang ‘aku pernah jumpa karakter ni kat luar’, tapi saya macam teragak-agak.

 

“Jadi bila pihak produksi panggil saya, kata nak minta tolong suruh ‘push language’ atau dalam bahasa senangnya, mencarut…saya okay sahaja.

 

“Tapi masa yang sama masih lagi menjaga batas, takdelah sepanjang masa saya mencarut,” katanya kepada MH.

“Teragak-Agak, Tapi Bila Diberi Lampu Hijau…,” -Zahiril Adzim

IKLAN

Dalam pada itu, Zahiril turut berkongsi rasa terujanya dapat memainkan watak antagonis sekali lagi.

IKLAN

“Dah berpulun tahun saya tak main watak begini, kali terakhir semasa Kami, jadi sangat puas bila dapat karakter Adi ini.

 

“Pada saya bila dapat memainkan watak antagonis, lebih banyak ruang yang saya sebagai pelakon boleh cuba, ‘explore’ berbanding dengan watak baik yang agak terbatas.

 

“Kalau antagonis ni, kita kena buat orang benci kita tapi itulah yang orang suka sebenarnya,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Zahiril kini terlibat dengan Travelog Menjejak Hamka dimana dia menjejaki kawasan-kawasan yang ada kaitan dengan ulama terkenal itu di sekitar Indonesia.

IKLAN

Foto/Instagram: Zahiril Adzim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI