Categories: Berita Hiburan

Teka-Teki Terjawab, Fazura Muncul ‘Catwalk’ Bersama Fatima… Sah Rakan Kolaborasi Eksklusif Jakel Raya 2026

Share

Aktres popular, Nur Fazura diumumkan sebagai rakan kolaborasi eksklusif bagi Koleksi Raya 2026 keluaran jenama tekstil dan fesyen terkemuka, Jakel.

Pengumuman tersebut dibuat pada acara pertunjukan fesyen Jakel Fenomena Raya 2026 yang berlangsung malam tadi, sekali gus mencetuskan suasana meriah dalam kalangan tetamu yang hadir.

Pengumuman itu juga menjawab teka-teki dalam kalangan peminat mengenai identiti sebenar wanita yang dimuat naik menerusi ‘teaser’ awal Jakel di media sosial, semalam, yang menyebut perkara berkenaan sebagai kejutan terakhir.

Kolaborasi Eksklusif Jadi Tumpuan

Kolaborasi eksklusif bersama Fazura yang juga seorang usahawan menjadi antara sorotan utama acara berkenaan.

Malah kolaborasi bersama Fazura bukan pelantikan sebagai duta, sebaliknya merupakan kerjasama khas eksklusif Jakel 2026, sekali gus mencetuskan fenomena serta keterujaan dalam kalangan peminat dan pemerhati industri fesyen.

Barisan Duta Meriahkan Pentas Raya 2026

Pertunjukan fesyen ini turut diserikan dengan kehadiran barisan duta utama Jakel Raya 2026 yang terdiri daripada selebriti dan personaliti terkenal tanah air, iaitu Nabil Ahmad dan famili, Achey dan famili, Senario, Cik Epal & Ammar, Elly Mazlein, Kamal Adli serta Que Haidar.

Selain itu, Jakel turut memperkenalkan barisan duta Gen Z Jakel Raya 2026 sebagai usaha mendekati generasi muda dan pelanggan baharu. Antara duta Gen Z terbabit ialah Lorenzo Irmann, Ara Bella Ellen, Zarif Ghazi dan Bella Dowanna.

Kesemua duta ini tampil memperagakan koleksi Raya 2026 yang mengetengahkan rekaan elegan, kontemporari dan versatil, sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Sementara itu, Jakel turut melakar sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya dalam tempoh lebih 40 tahun penubuhannya, jenama berkenaan menganjurkan pertunjukan fesyen berskala besar.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH