“Tegur Biar Seperti Rasul Daripada Tegur Kejar Likes & Viral,” – Aduhai…Zizan Razak Sound Siapa?

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak berpendapat adalah lebih baik jika seseorang itu menegur dengan cara Rasulullah yang lemah lembut berbanding teguran yang hanya mengejar ‘likes’ dan viral semata-mata.

Meskipun tidak dinyatakan secara jelas kenyataan tersebut ditujukan kepda mana-mana individu, namun netizen berpendapat entri tersebut berkait rapat dengan teguran terbuka yang diterima Zizan dan Johan baru-baru ini.

IKLAN

“Ikot tegur cara kamu atau tegur cara Rasul lagi halus lagi salute lagi cinta sayang kamu. Kejar likes kejar viral biar tahu tatasusila masih tahu duduk bersila. #justrap #rap,” tulisnya

Dalam pada itu, rata-rata peminat bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Zizan itu dan menganggap ada cara yang lebih baik untuk membuat teguran.

Terdahulu, Zizan dan Johan telah dikritik oleh sesetengah pihak kerana dikatakan ‘gurau kasar’ ketika PU Azman sedang menyampaikan perkongsiannya mengenai ibadah qurban.

IKLAN

Bagi MH, tidak salah untuk kita menegur yang penting biarlah kena pada tempatnya dan tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Betul tak?

Foto: Instagram