Program hiburan realiti, The Masked Singer Malaysia sudah pun hampir sampai ke penghujung dan setakat ini, pelbagai momen lucu dan spontan yang dapat ditonton sepanjang program.

Selain kejutan dari para pesertanya, gelagat sembilan juri turut mencuri perhatian.

Remy Ishak misalnya ada memberikan pendapat mengenai rakan juri, Nabila Huda yang disifatkannya sebagai seorang rakan yang baik dan gila-gila.

Remy Ishak Dedah Perangai Sebenar Kerja Dengan Nabila Huda – “Tapi Dia Selalu Lost, Macam Acik-Acik Jua. Abil gila!”

IKLAN

“Duduk sebelah abil aku rasa selamat, energy dia lain macam.

“Senang kerja aku jadinya, tak perlu banyak cakap, gelak je.

“Tapi dia selalu lost, macam acik-acik jua. Abil gila!,” tulisnya pada kapsyen yang merakamkan aksi kandid mereka berdua di Instagram.

IKLAN

Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memberikan pandangan sendiri dan tidak kurang yang bertanya mengenai gandingan mereka berdua di kaca televisyen.

The Masked Singer Malaysia disiarkan setiap Jumaat, jam 9 malam dari Teater Shah Alam menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107).

IKLAN

Program tersebut dikendalikan Datuk AC Mizal manakala Izzue Islam dan Elly Ariffin bertindak selaku hos siri Live+.

Selain Remy dan Abil, tujuh lagi juri terlibat ialah Datuk Aznil Nawawi, Raja Azura, Zizan Razak, Ramona Zam Zam, Michael Ang dan Angah Raja Lawak.

Foto: Instagram Remy Ishak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI