Pengacara, Zulin Aziz memuat naik foto di laman Instagramnya semalam berkenaan diet dan rutin pemakanan.

Namun, apa yang menarik perhatian MH adalah kapsyen yang ditulisnya pada foto tersebut.

“Kalau hidung kembang boleh shading atau kepit hidung pakai spec mcm gambar ini. Kalau badan kembang? Skrg aku nak musnahkan lemak tepu ni haih.

 

“Buat yang tanya macam mana diet better pi tanya pakar. Satgi salah korang marah aku. Jaga pemakanan dan exercise, itu jelah aku mampu jawab. Hire trainer atau tanya doctor.

 

“Beli penimbang, timbang berat hari2, lepas timbang happy tak? Selagi happy xyah diet, kalau kemurungan marilah insaf. Satgi nak pi gym, jom jgn malas!,” tulisnya.

“Tanya Macam Mana Diet Pi Tanya Pakar. Satgi Salah…”- Zulin Aziz

IKLAN

Wow! Zulin merupakan salah seorang selebriti yang menjadi inspirasi buat mereka yang ingin menurunkan berat badan mereka. Bagaimanapun, terdahulu perkongsian Zulin mengenai diet telur ada mendapat ‘teguran’ kerana dikatakan tidak berkhasiat.

IKLAN

Apa-apapun, keep it up Zulin! Sekarang pun sudah ramai selebriti yang mengikut jejak langkah Zulin untuk mendapatkan berat badan ideal mereka.

IKLAN

Foto/Instagram: Zulin Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI