Berita

Tanda Solidariti & Hormat Rakyat Palestin Kebuluran, Chef Anis Nabilah Henti Seketika ‘Posting’ Konten Makanan

Share

Chef selebriti, Anis Nabilah memutuskan untuk menghentikan sebarang hantaran berkaitan makanan di media sosial buat sementara waktu sebagai tanda solidariti terhadap mangsa perang di Palestin.

Menurut Anis, inisiatif kecil ini bagi sebagai menghormati situasi dihadapi penduduk Gaza yang berdepan dengan krisis kebuluran akibat sekatan bantuan makanan.

“Atas rasa hormat dan solidariti, saya tidak akan memuat naik apa-apa hantaran berkaitan makanan.

“Ketika ini, berjuta rakyat Gaza yang dipaksa menahan lapar bukan disebabkan perang tapi polisi mengarut yang dibuat oleh kerajaan Israel.

“Ramai keluarga yang dinafikan hak untuk mendapatkan bantuan makanan, air bersih dan keperluan asas perubatan,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Seru Masyarakat Terus Peka

Anis pada masa sama menyeru masyarakat untuk tidak mendiamkan diri dan terus bersuara menentang kekejaman berterusan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

“Ramai kanak-kanak mati disebabkan kelaparan dan dunia tidak ambil peduli.

“Perkara ini tidak normal dan tidak memerlukan penjelasan. Jika anda lihat hantaran ini, saya harap anda juga luangkan masa untuk belajar, bersuara, hulurkan bantuan dan jangan buat tak kisah.

“Berdiam bukan bererti tiada tindakan. Ia adalah penolakan untuk terus berpura-pura seolah-olah semuanya baik-baik saja,” kongsinya lagi.

Published by
Aizam Manaf