(Takziah) Nordin Kilauan Emas 4 Meninggal Dunia

Semalam kita mendengar khabar sedih mengenai bekas finalis Kilauan Emas 4, Nordin atau Megat Nordin yang menderita penyakit kanser hati sejak setahun lalu, menghembuskan nafas terakhir di usia 56 tahun pagi semalam.

Nordin menghembuskan nafas terakhir jam 11.50 pagi di kediaman bapanya di Kampung Kenali, Kubang Kerian.

Berita sedih ini disahkan oleh Presiden Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Anak Kelantan (PAKKAK), Mohamad Aswady Adenan, ketika mengesahkan perkara itu berkata, Allahyarham keluar dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Selasa lalu selepas menjalani pembedahan.

Menurut sumber, Megat yang juga bekas peserta Kilauan Emas 2014 menderita kanser hati sejak setahun lalu, dengan keadaan perut yang semakin membengkak.

Difahamkan Nordin hanya mampu terbaring dan keadaannya semakin serius sejak awal bulan ini selepas mendapatkan rawatan di negara jiran.

IKLAN

Megat Nordin atau nama sebenarnya Nordin Yusof dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) menjalani pembedahan 18 Oktober lalu untuk membuang lebihan cecair, namun mengalami komplikasi dan dijadualkan menjalani pembedahan susulan.

Sementara itu, isteri Allahyarham, Khorunnisa Madiyoh, 48, berkata Allahyarham meninggal dunia pada hari kelahirannya yang ke-56.

“Malam tadi, suami mengadu sakit dan kepenatan sebelum menghembuskan nafaz terakhir.

 

“Saya terkejut dan sedih kerana kehilangan suami yang penyayang. Arwah juga disenangi rakan serta peminat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kenali selepas solat Jumaat semalam.

IKLAN

Selain menyanyi Nordin juga seorang pendikir yang terkenal di Kelantan.

Sumber: BH Online

Foto : Facebook Megat Nordin