Arwah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Ampang, Kuala Lumpur pada jam 2.57 petang, semalam.

Ibu beliau, Siti Norijah Mohd Nuri disahkan menghidap penyakit itu sejak dua tahun lalu dan pernah dimasukkan ke hospital.

Menurut suami kepada Nor Azuriana Amirudin, jika diikutkan ibunya sudah sembuh daripada penyakit itu dan dibenarkan dibawa pulang ke rumah.

“Bagaimanapun, doktor berpesan jika leukemia itu kembali menyerang arwah, dia tidak dapat lagi menjalani rawatan kemoterapi kerana faktor usia,” katanya.

IKLAN

Qazem berkata, dia sempat berjumpa arwah ibunya buat kali terakhir walaupun sibuk di lokasi penggambaran filem Enjin No 9 di Bentong, Pahang.

Menurut Qazem, ibunya mula tenat pada sebelah pagi di kediaman adiknya di Keramat sebelum dibawa ke zon kecemasan hospital sama tengah hari semalam, 21 Ogos.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat.

IKLAN

Pemergian ibu tercinta pastinya akan menimbulkan rasa sayu dan pilu kepada semua terutama insan yang paling dekat dengannya, anak-anaknya.

Kami di MH Online juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat Qazem dan keluarga. Semoga arwah ibu Qazem tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

IKLAN

Sumber : Harian Metro

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI