Filem yang mencetuskan fenomena negara, Munafik 2 yang sudah pun mengumpul kutipan puluhan jumpa kurang seminggu ia ditayangkan nyata memberi satu dimensi baru dalam skala perfileman tempatan.

Atas tiket jalan cerita, kualiti dan mesej yang ingin disampaikan, Munafik 2 memberi pakej lengkap buat penggemar filem lokal.

Pada masa sama, kemantapan para pelakonnya di dalam menjayakan watak yang diberikan juga menjadi antara elemen penting kejayaan filem ini.

IKLAN

Selain lakonan cemerlang Maya Karin yang disebut-sebut, penampilan Abuja ditangan pelakon senior, Nasir Bilal Khan juga tidak kurang hebatnya.

Watak sebagai ketua ajaran sesat yang dibawa memberi reaksi pelbagai di kalangan penonton. Tidak kurang yang cukup ‘benci’ dengan watak berkenaan.

IKLAN

Mengulas mengenai perkara itu, Nasir mengakui bukan suatu yang mudah buat dirinya secara peribadi untuk alihkan sisi peminat daripada watak Tok Hadi kepada watak hitam berkenaan.

“Lari daripada watak Tanah Kubur. Memang itulah masalanya sebab saya sudah bersama watak Tok Hadi agak lama, sekitar 11 musim. jadi bila dapat watak Abuja yang lain daripada sebelum ini, dengan cara bercakap apa semua itulah yang menjadi cabaran.

 

“Sebagai pelakon, cabaran itulah yang paling mahal dan memang saya nantikan skrip sedemikian. Boleh berikan suatu mesej kepada penonton,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada dia risau dengan penerimaan sesetengah penonton yang pastinya akan benci dengan peranan yang dibawa, Nasir mengakui sudah sedia dengan perkara itu.

IKLAN

Bagaimanapun, sebagai pelakon dia juga perlu jujur dengan setiap nakshah yang dijayakan.

“Saya kira ada juga pelakon yang semacam takut jika penonton tak suka dengan watak yang dibawa. Misalnya watak jahat. Kalau orang tak suka, maknanya lakonan kita menjadi. 

 

“Ada sesetengah pelakon pula takut, risau kalau penonton benci dan akhirnya, kita ibarat menyebelahi watak. Sebenarnya, sambil berhibur harap juga penonton dapat input yang boleh digunapakai dalam kehidupan sekaranh,” kongsi Nasir.

Pada masa sama, Nasir juga menantikan selepas ini akan ada tawaran watak yang memerlukan dirinya untuk lebih cabar diri.

“Saya tak kisah sangat untuk bawa watak yang bagaimana. Cuma kalau perlukan kajian, itu lebih bagus sebab ia cabar diri. Cuma kalau nak diikutkan, saya pun takut dengan watak Abuja.

 

“Takut juga nanti kalau pergi pasar orang ludah kita,” akhirinya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI