‘Tak Ziarah Rumah Najib & Rosmah Ke?’- Ini Soalan Netizen Bila Siti Kongsi Foto Bersama DS Azmin Ali

Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memuat naik foto bersama dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali di Instagram.

Lalu, entri berkenaan seperti biasa, mengundang pelbagai persoalan netizen.

Ada yang mendakwa Siti juga kelihatan seperti penyokong tegar Pakatan Harapan.

IKLAN

Nur_suadzan:Laa penyokong tegar PH rupanya. Lalang kering rupa-rupanya. unfollow ajalah. 

Sunflower:Agaknya kami bukan artis ni nak beraya umah MB boleh tak? Atau kami kena buktikan ada pangkat dan kaya raya baru boleh? 

Terdahulu, Siti juga ada memuat naik dengan ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Instagramnya.

Dalam pada itu, ada juga yang bertanyakan jika Siti tidak mengunjungi rumah mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Harizhasnan: Tak ziarah raya ke rumah Rosmah Mansor dan Najib Razak ke CTDK?

Aisherladyship: Woah, tahun ini CTDK satu keluarga raya dengan VVIP

IKLAN

Aduhai, itu pun boleh jadi isu ke di kalangan netizen ni? Lagipun, sekarang ini kan musim perayaan?

Foto: Instagram CTDK