Penghibur serba boleh, Roslan Shah meluahkan rasa kecewa terhadap segelitir individu yang cuba mengaibkannya dengan menghantar video dirinya tidak mengenakan sebarang pakaian.

Katanya, dia sendiri tidak menyangka individu tersebut tergamak memalukan dirinya dengan menyebarkan video sedemikian.

Rasa kecewa itu telah diluahkan oleh Roslan menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

IKLAN

“Terima kasih orang yang sebarkan gambar ini dan serta video. Tergamak sungguh ya nak memalukan cik lan ya. Terima kasih follower dan peminat cik lan whatsapp pic ini kepada cik lan tadi. Tidak tahu lah apa lagi tidak puas hati dengan cik lan ya,” tulisnya.

Gambar tersebut memaparkan ada pihak yang cuba berniat khianat terhadap Roslan dengan mengambil gambarnya ketika tidak berpakaian di sebuah hotel.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat terkejut melihat gambar tersebut malah, turut menasihati Roslan supaya membuat laporan polis.

“Tak Tahulah Apa Lagi Tak Puas Hati,”- Roslan Shah Kecewa Foto Bogel Tersebar, Buka Aib

IKLAN

“Tak Tahulah Apa Lagi Tak Puas Hati,”- Roslan Shah Kecewa Foto Bogel Tersebar, Buka Aib

Alahai, lepas satu-satu kes melibatkan foto selebriti tersebar ya? Sama ada gambar tersebut benar ataupun telah disuntung, sama-sama kita tunggu penjelasan daripada Roslan.

Foto: Instagram Roslan Shah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI