Instafamous,King Coco ada memberi nasihat terutamanya kepada mereka yang berpuasa di bulan Ramadan.
Video yang dimuat naik King Coco itu menekankan agar masyarakat tidak boleh terlalu bermalas-malasan.
“Puasa pun malas, tak puasa pun malas. Memang bukan sebab puasa je kau takde tenaga. Sebab kau pemalas.
“Senyum juga sedekah, don’t skip to smile hanya sebab kau berpuasa, don’t skip to laugh and do yr routine (excpt makan lah of coss) ok sekian dari saya ???. Selamat beramal,” tulisnya.
“Saya dalam lapan ke 10 tahun tidak mengambil tawaran berlakon di bulan puasa. Bukan kerana apa sebab bagi saya, pada waktu itulah saya ada masa untuk isi masa bersama keluarga.
Pada masa sama, orang kata boleh fokus buat perkara-perkara amal,” katanya jujur.
Ditanya mengenai persiapan rayanya pula, Nora mengakui tahun ini lebih berserdahana memandangkan dia sedia ada koleksi baju niaganya sendiri, OWL by Nora Danish.
“Saya kan biaga baju koleksi raya sendiri, jadi pastinya saya akan peragaan koleksi berkenaan sepanjang raya nanti. Begitu juga dengan suami, tiada yang beriya-iya.
“Cumanya tahun ini saya lebih teruja untuk anak bongsu, Ney Ney memandangkan dia pun sudah pandai berjalan. Lalu persiapan raya tu akan lebih fokus padanya dan Rayqal,” jelasnya lagi.
Terdahulu Nora ditemui media pada majlis berbuka puasa Astro di Majestic Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bersempena dengan bulan Ramadan ini, pelakon versatil, Fasha Sandha sering dilihat tampil manis berhijab menerusi mana-mana majlis keramaian.
Malah, Fasha juga ada berkongsi dirinya berbuka puasa bersama ibu mertua, anak-anak dan rakan artis di sebuah restoran, malam tadi.
Dalam pada itu, isteri kepada Aidil Aziz turut mendedahkan sikap sebenar ibu mertuanya itu.
“Ibu mertuaku ni pemalu orangnya. Kuat gelak macam suami kita jugak. Tak dapat nak tag ibu sebab ibu takde FB takde Instagram..
“No time for social media katanya,… Masanya hanya untuk family.. ,anak2 dan cucu. Awww sweet kan.. terima kasih ibu sebab sayangkan Sha,Rayfal dan Jemyma dan Family,” tulisnya.
Penyampai radio dan pelawak Sharifah Shahirah atau dikenali sebagai Shiera Ijoy telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi gambar tersebut, pelawak yang berusia 44 tahun telah berkongsi gambar dia bersama usahawan terkenal, Datuk Seri Vida ketika berada di Karnival Mood Republik yang berlangsung di Kelantan.
“Masa kat Kelantan mood republik Penuh booth cik B ….setanding mira filza ok Yang hujung anak aku ..dah 21.. @tallisya72 tapi tak glamor (promot)”tulisnya.
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.