Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Mungkin itu adalah ungkapan paling tepat untuk menggambarkan situasi yang dialami Tomok dan keluarganya semasa percutiannya mereka di Krabi baru-baru ini.

Kisahnya, semalam Tomok ada berkongsi bagaimana dia kena ‘kencing’ dengan ejen kononnya akan membawa keluarga ‘pakej tour murah’ di sana, namun setelah lama menunggu tiada langsung orang yang datang.

 

IKLAN

Sungguhpun begitu, insiden tersebut tidak menghalang Tomok dan keluarga untuk terus bergembira di sana.

“Alhamdulillah selesai untuk hari ni, walaupun awal pagi tadi tour yang kami booking tak datang pick up, time tu dah bengang gila…jadi kami ambik keputusan untuk jalan kaki dan cari tour lain.

“Alhamdulillah, dapat jumpa dengan brother ni…yang paling best dia boleh cakap melayu. Fuh senang. Aku ni dah la english barai, rasa bertuah dapat jumpa dengan tour guide yang faham dengan apa yg kami nak.

“So hari ni kami pegi emerald pool,hot spring waterfall,tiger cave and makan seafood yg sedap. Now masa untuk tengok world cup…dibu jangan kacau ayah #krabi #thailand,” tulisnya.

IKLAN

MH difahamkan bahawa Tomk telah membayar pakej tour tersebut semasa booking namun apakan daya, itu semua hanyalah tipu semata-mata.

Dalam pada itu, isteri Tomok, Rahayu Abbas juga turut berkongsi pengajaran yang diterimanya melalui pengalaman tersebut.

IKLAN

“Pengajaran, jangan sedih bila tiada rezeki yang kita rancang…sebab ALLAH SWT sudah rancang kan rezeki yang lebih baik. Sebaik-baik perancangan dari ALLAH SWT,” tulisnya.

“Tak Semuanya Indah Kat Sini” – Kasihan Tomok Ditipu Semasa Bercuti

Alahai, kasihan Tomok sekeluarga. Mujurlah mereka dapat juga apa ‘tour’ yang dihajati. Apa-apapun, tak baiklah orang yang menipu itu, tak berkat tau duit tu.

Foto: Instagram Tomok & Isteri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI