Pelawak kumpulan Chilok, Mohd Kamal Shah Saharuddin, 30 atau Kamal Sumbu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.40 petang di Hospital Putrajaya, hari ini.
Perkara itu disahkan rakan Allahyarham, Atoi Tohet.
“Kawan-kawan. Mohon sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk sahabat dunia akhirat saya, Kamal Shah @ Kamal Sumbu yang baru saja menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Putrajaya tadi.
“Moga Allah rahmati rohnya dan letakkan bersama orang beriman. Aminnn. In shaa Allah,” tulisnya di Facebook.
Ads
Allahyarham mengalami pendarahan dalam kepala, patah bahu dan kaki selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Putrajaya jam 2 petang semalam.
Ads
Ketika itu, Allahyarham dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membuat penghantaran pesanan patin tempoyak di Sepang.
Kamal mula dikenali selepas menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) pada 2016 dan 2018 dan menjadi naib juara Bintang Mencari Bintang pada 2014.
Ads
Allahyarham sepatutnya menyertai MLM 2019 yang akan bersiaran pada 1 November ini.
Bersempena dengan majlis pertunangan kakaknya, Emylia Izzati Baharin pada 20 Oktober lalu, penyanyi dan pelakon Naim Daniel ada menitip kata penuh makna buat wanita berkenaan.
Kongsi penyanyi lagu Sumpah ini menerusi Instagram, dia berdoa seterusnya mengharapkan agar insan yang di sayanginya itu berada dalam jagaan lelaki yang baik.
“Semalam adalah hari paling aku behave, duduk belakang-belakang, tak cakap banyak, just sit at one corner sambil tengok majlis tunang gadis ini semalam.
“Yang nak ambil gambar dengan aku pun aku cakap “Yang tunangnya kakak, bukan saya.” It was her day. Sedih dia macam nak nikah pula. Bangang betul. Insyaallah kakak akan berada dalam jagaan orang yang baik,” tulisnya.
Naim pada masa sama turut berkongsi memori indah bersama kakak tersayang.
“Selama dia take over tugas mama jaga aku kehulu ke hilir, make up, gosok baju, beli makan minum, call organiser, kejut bangun, masak maggi, check in flight, bawa aku keluar dari crowd, backup kalau ada netizen gila kecam, I can say that tunang dia bukan sahaja akan ambil kakak aku. Tapi girlfriend aku.
“My freaking girlfriend yang dulu carry aku naik bmx warna biru dekat flat sri pulau pinang masa aku kecil dulu sampai jatuh lebam kepala.
“My freaking girlfriend yang sanggup bodohkan diri dia demi buat aku gelak. My freaking girlfriend. Yes, semua dialah.
Ini pun dia cakap merajuk sebab aku tak buat any appreciation post pasal dia.
“Bukan sebab apa, aku rasa family adalah aku punya final thing yang aku nak public tahu sebab diorang jelah my very last big thing yang aku nak reserve untuk aku je.
“Tu pasal masa haritu kes kena kecam bagai tu, orang tak tahu yang dia ni kakak aku. Tapi tak apalah. A little posting won’t hurt orang kata. Bangang ah, aku sedih,” tulis Naim panjang lebar.
Pelakon senior, Norlia Ghani berkongsi pengalaman misteri yang dialami dirinya yang bagaikan sentiasa ‘diperhatikan’ oleh makhluk ghaib.
Situasi mistik itu dialami bintang veteran itu beberapa tahun lalu.
Dijemput sebagai panel program Mingguan Wanita baru-baru ini, Norlia atau mesra disapa Mama mendedahkan cerita di sebalik perkara misteri yang terjadi kepada dirinya.
“Mama tidak mencari, tetapi anak angkat Mama yang rasa macam pelik. Perubahan dan aktiviti kita biasanya aktif, tetapi tiba-tiba berasa lesu dan sakit tiba-tiba.
“Jadi dia (anak angkat) yang bawa Mama. Pada mulanya, dia tak cakap pun dia nak bawa Mama berubat, tetapi dia cakap ada peminat nak jumpa. Mama pun berjumpa anak muda dan rupanya dia seorang ustaz.
“Maka, ustaz itu beritahu Mama serba sedikit apa yang terjadi kepada diri Mama . Ketika itu ustaz menyuruh Mama ambil air wuduk dan duduk di atas sejadah tanpa dia menyentuh Mama.
“Ketika itu kaki Mama yang bergerak dengan sendiri. Apa yang ditanya ustaz, ibarat kaki itu sendiri yang menjawab,” kongsi Norlia.
Malah, pelakon berkenaan tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang ‘menghantar benda’ itu kepada dirinya.
“Ustaz cakap benda (sihir) ini adalah dari kawan-kawan yang kerjasama.
“Tetapi saya maafkan, jika orang itu buat sesuatu yang dengki pada saya, Tuhan saja yang tahu, saya tak akan balas, sebab rezeki semua Allah yang aturkan,” kata Norlia tenang.
Bagaimanapun, rezeki Norlia semakin mencurah-mencurah selepas daripada kejadian yang menimpa dirinya.
“Alhamduliilah, selepas kejadian tersebut, ada seorang hamba Allah yang berhati mulia bawa saya mengerjakan haji.
“Baru-baru ini juga saya pergi sekali lagi dia bawa pergi umrah pula,” senyum Norlia.
Ikuti temu bual penuh bersama Norlia dan Datuk Sri Ustaz Mohd Suhaimi Rozali yang merupakan pakar pusat rawatan serta pengacara Siti Elizad dan pakar motivasi, Amin Idris.
Penyanyi, Fara Hezel telah memaklumkan dan berkongsi berita gembira bersama peminatnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Mengejutkan, kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini telah mengikat tali pertunangan bersama seorang usahawan kelahiran Terengganu, Tengku Mohammad Kamal Hishamudin.
Difahamkan, penyanyi berusia 23 tahun ini mengikat tali pertunangan bersama usahawan tersebut pada 6 Julai yang lalu.
“Engagement Day Tengku Kamal & Fara Hezel #060719 #KamalFara,” tulisnya.
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.