Persembahan Nikki Palikat pada saingan konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah berjaya meraih perhatian.
Nikki yang menyanyikan lagu berjudul Gelombang yang pernah dipopular oleh penyanyi Salamiah Hassan turut meletakkannya sebagai bintang yang meraih markah paling tinggi Ahad lalu.
Menurut Nikki, dia akui lagu tersebut disampaikan sebaik mungkin dan penuh penghayatan sambil memikirkan mangsa banjir, baru-baru ini.
Lalu, ibu kepada seorang cahaya mata ini berharap agar semua sama-sama dapat menitipkan doa dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir bagi yang berkemampuan.
Ads
“Hidupku seperti badai, tak henti gelora, musnahlah segala.”
Ads
“Tak sangka lagu Gelombang ni sangat kena dengan isu banjir yang melanda negara kita. Sambil menyanyi memang memikirkan mereka yang ditimpa bencana ini, terutamanya yang terdekat dengan Nikki sendiri.
“Sama-sama kita berdoa dan hulurkan bantuan. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan persembahan Nikki. Nikki sangat hargai,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram.
Pelakon, Zarina Zainuddin meluahkan rasa kesal dengan segelintir sikap individu tidak bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan tandas awam.
Dia pada masa sama turut meminta golongan wanita untuk sama-sama menjaga. Perkara ini telah dikongsikannya menerusi satu hantaran di Instagram.
“Sapa masuk tandas awam harap cucilah, pamlah, jiruslah. Kau dah kencing berak, lagi-lagi yang period. Kau tak malu ke darah darah kau buang merata.
“Walaupun tandas awam tu orang perempuan jer masuk,tapi kau tu jagalah, jangan jadi pengotorlah.
“Masuk jer tandas tengok kencing kuning-kuning tak pam. Eee ko ni jenis pompuan apa yea,” tulisnya.
Zarina turut memberikan nasihat dalam soal etika menggunakan tandas awam.
“Kalau masuk tandas, cuci dulu bekas-bekas orang duduk apa tu. Siramlah, dah abis pun kau siram, pamlah. Lepas tu semburlah mintak wangi kau yang mahal tu.
“Wangi camana pun berak kau busuk jugak. Adoi tension aku lah. Kalau anak aku… Anak aku yang oku tu pun tahu pam tandaslah..,” tulisnya lagi.
Penyanyi rap, Joe Flizzow mengakui berasa berbangga selepas diberikan kesempatan untuk memertabatkan muzik rap Malaysia ke mata dunia hasil kolaborasi terbaru bersama rapper ternama Amerika Syarikat, Snoop Dogg menerusi album ALGORITHM (The Global Edition).
Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, telah diberikan ruang untuk berkongsi lagu bukan sahaja bersama Snoop Dogg tetapi juga bersama dua idola masa kecilnya iaitu rapper lagenda iaitu Redman dan Method Man.
“Saya sangat bangga dan gembira melihat bendera Malaysia terpampang pada poster rasmi album untuk karya
Snoop, Algorithm (Global Edition).
“Method Man dan Redman merupakan legenda industri hip-hop dan merekalah sebab utama saya jatuh cinta pada muzik rap sebelum saya bergelar penyanyi.
“Berkongsi ruang dalam lagu bersama dengan Method Man dan Redman sambil diperkenalkan oleh Snoop Dogg adalah sebuah mimpi yang menjadi kenyataan
“Saya rasa ini adalah salah satu impian
saya yang terkabul. Impian saya seterusnya adalah untuk menampilkan
Snoop Dogg dalam album terbaharu saya “Johan” yang akan terbit tahun depan,” katanya kepada MH.
Menurut Joe, Snoop Dogg amat tertarik setelah mendengar beberapa lagu terbitan syarikat rakamannya, Def Jam SEA dan dia sendiri memilih untuk berkolaborasi bersama dirinya dan seorang lagi rapper Singapura,
Yung Raja.
“Kerjasama ini bermula dengan sebuah mesyuarat ZOOM di antara Snoop Dogg
dan saya. Kami memainkan beberapa lagu Def Jam SEA untuk beliau pertimbangkan dan beliau memberitahu yang beliau ingin menampilkan Yung Raja dan saya sendiri.
“Ini satu langkah yang besar untuk dunia hip hop tempatan dan ASEAN. Saya harap ini akan membuka lebih banyak peluang di masa hadapan,” kongsinya lagi.
Joe turut menyeru kepada semua untuk jangan pernah berhenti bermimpi sebaliknya berusahalah dengan kerasa sehingga mimpi tersebut menjadi kenyataan.
“Jangan pernah berhenti bermimpi. Saya memang mengimpikan perkara ini sejak kecil. Saya ceburi bidang muzik ini bukan kerana menginginkan kehidupan yang mewah, sebaliknya demi kecintaan kepada muzik hip-hop.
“Semasa berumur 14 tahun, kanak-kanak lain ingin menjadi doktor, peguam dan sebagainya tetapi saya terus terang kepada cikgu yang saya ingin menjadi rapper. Ramai juga yang mula bimbang dengan pilihan saya itu.
“Saya berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana mereka sangat memahami. Kami buat perjanjian, saya harus tamatkan pengajian di peringkat kolej. Kemudian, barulah saya boleh buat apa yang saya mahu.
“Ketika ini, saya rasa seperti kanak-kanak semula kerana mimpi itu jadi kenyataan. Saya sangat bersyukur kerana berjaya sampai ke tahap ini,” akhirinya.
Album Snoop Dogg: Algorithm (The Global Edition) merupakan lanjutan kepada album Snoop yang terbaharu iaitu Snoop Dogg: Algorithm yang menampilkan 50 artis dari pelbagai rantau dan Joe Flizzow telah dipilih secara peribadi oleh Snoop untuk munchl dalam lagu Alright bersama Redman dan Method Man serta Nefertitti Avani.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran aktres Lana Nodin, pelakon Lisdawati melayangkan ucapan istimewa buat rakan artisnya itu yang kini sudah menetap di Amerika Syarikat.
Meski sudah berjauhan, namun ingatan tulus doa dari bintang KL Menjerit itu buat Lana kekal terpahat.
Menurut Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, meski jarang berjumpa, namun mereka masih tetap berhubung.
“Selamat Harijadi Sahabat 8 Dec. #sagittarius
@lananodinmckienzie. Kita tak selalu jumpa tapi KITA ADA. Tak selalu bercerita tapi ADA RAHSIA.
“Iya luaran tak cerminan dalaman tapi Insya-Allah pelan-pelan kayuh ye sahabat sementara masih ada WAKTU.
“Doaku sentiasa ada walaupun kita jauh. Semoga U sentiasa bahagia dunia dan akhirat #doaygbaikbaiksaja #sayangkeranaallah,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram.
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.