Categories: Berita Hiburan

“Tak Sangka Jadi Isu…,” – Ada Yang Kurang Senang? Betty Rahmat Minta Jangan Salahkan Amira Othman

Share

Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad memohon maaf kepada semua pihak yang kurang selesa dengan penggunaan terma ‘Bachelorette Usrah’ bersempena majlis meraikan rakan artis, Amira Othman yang bakal mendirikan rumah tangga pada Ahad ini.

Menurut Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad Ali, dia tidak menyangka penggunaan nama tersebut bakal menjadi perdebatan netizen kerana ia dipilih hanya sekadar suka-suka.

“Ha sudah, ‘Bachelorette Usrah’ jadi isu pula. Macam ni ceritanya adik, mula-mula nak letak nama ‘bachelimah’ (bachelorette versi muslimah) tapi saya rasa buruk pula nama itu.

“Jadi, saya letak ‘Bachelorette Usrah’. Tak sangka jadi isu. Tak mengapa, saya mengaku salah. Salahkan ku…tolong salahkan ku,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan oleh Betty menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Majlis Penuh Ilmu, Disertai Rakan Selebriti

Jelas Betty lagi, selain mengumpulkan rakan-rakan terdekat, majlis tersebut sememangnya menyeronokkan kerana dipenuhi dengan pelbagai pengisian ilmu.

“Seronok majlis ‘bachelimah’ kami tu. Dapat dengar tazkirah bertajuk ‘Menuju Pintu Syurga Isteri Solehah’ dari Ustazah Nazirah.

“Nanti korang cuba la buat untuk diri sendiri atau kawan yang nak kahwin okay,” kongsinya lagi.

Difahamkan, Betty antara rakan artis yang diberikan tanggungjawab untuk mengadakan majlis usrah buat Amira yang bakal mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin pada 14 September ini.

Antara selebriti yang turut hadir di majlis tersebut termasuklah Nora Danish, Bella Astillah, Wany Hasrita, Nabila Razali dan ramai lagi.

Klip-klip momen sewaktu majlis usrah berlangsung turut tular di seluruh platform media sosial.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Amira Othman & Thread Betty Rahmad

Published by
Aizam Manaf