Altimet tidak menyangka lagu Bunga nyanyiannya dipercayai turut digunakan bagi kegunaan promosi menggalakkan orang ramai untuk meminjam wang.

Berkongsi di laman Instagram, Altimet menunjukkan sebuah gambar pintu tandas awam yang telah diconteng dengan lirik lagu Bunga sebagai slogan untuk perkhidmatan mereka.

IKLAN

“Aiiii lagu aku ahlong2 ni dah jadikan slogan “pinjam duit”. Never thought I would make it this far. Terima kasih guys, y’all always stay 100%,” tulisnya.

Di ruang komen, rata-rata peminat Altimet berasa geli hati selepas melihat entri berkenaan dan berharap Altimet akan menerima wang royalti kerana telah menggunakan lagunya itu.

“Tak Sangka Boleh Pergi Sejauh Ini,”-  Altimet Terkejut Bunga Jadi Lagu Promosi Sendikit Pinjaman Wang, Kelakar Habis!

IKLAN

“Tak Sangka Boleh Pergi Sejauh Ini,”-  Altimet Terkejut Bunga Jadi Lagu Promosi Sendikit Pinjaman Wang, Kelakar Habis!

Pada pendapat MH, mungkin sendikit ini merasakan lagu ini mampu menarik perhatian orang ramai untuk meminjam wang daripada mereka.

IKLAN

Namun, janganlah pula kita mudah terpedaya dengan taktik promosi ini kerana seperti diketahui umum meminjam wang daripada Ah Long hanya akan menyusahkan kita dikemudian hari.

Sumber: Instagram

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI