Penerbit dan pelakon, Datuk Hans Isaac berpandangan, kebanyakan pendatang baru dalam industri hiburan tanah air kini tidak perlukan bakat untuk jadi popular.

Sebaliknya, apa yang diperlukan hanyalah pengikut yang ramai di laman media sosial masing-masing !Baginya, itu sudah memadai.

“Sekarang ini tak perlu talent untuk jadi popular. Saya rasa yang last guna mainstream media, guna life show, turun jumpa fans on the ground adalah zaman saya dengan Afdlin Shauki dan lain-lain. Sekarang semua sosial media.

 

“Kalau tak ramai orang, buat Live di Instagram atau Facebook. Mindset sekarang dah lain dan ini adalah realiti, sesiapa sahaja boleh jadi popular,” katanya.

Hans berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran program realiti Celebrity Car Wars yang diterbitkan saluran History Asia.

IKLAN

Tambahnya lagi, dia juga melihat artis-artis baru ini juga tidak mempunyai ‘branding’ diri sendiri yang membolehkan mereka pergi jauh dalam industri.

IKLAN

“Kalau tengok negara seperti Filipina dan Thailand, pelakon mereka sangat dijaga dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Sebab apa? sebab susah nak jumpa, malah nak interview pun susah.

 

“Tapi di Malaysia, senang sangat nak jumpa pelakon, tepi jalan, kat mall, lagi satu saya lihat mereka ni tak tahu nak brand diri mereka.

 

“Mereka masuk drama sebab nak cari makan, nak popular…sustainability tiada dan Malaysia juga tiada syarikat pengurusan para pelakon ini. akses sangat senang,” luahnya lagi.

Sementara itu, Hans juga turut memuji perjalanan karier pelakon filem, Crazy Rich Asian iaitu Henry Golding.

IKLAN

“Tak Perlu Talent Untuk Jadi Popular, Semua Sosial Media…,”- Ini Reaksi Datuk Hans Isaac Kepada…

“Apa yang dia buat itu betul. Dia tak care fasal Malaysia, terus ke luar negara sebab dia tahu market dia.

 

“Kadang-kadang kenalah degil sikit untuk pergi ke bigger market, dan Henry tahu dia tiada peluang di Malaysia, cakap melayu pun tak reti kan?

 

“Apa-apapun, tahniah lah pada dia,” katanya lagi.

Foto/Instagram: Hans Isaac

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI