Pelakon dan pelawak, Zulin Aziz berpendapat mencari calon suami dikalangan orang kaya bukanlah satu kemestian sebaliknya cukuplah jika seseorang itu pandai mencari duit dan bertanggungjawab.

Berkongsi di laman Twitter, Zulin merasakan ciri-ciri tersebut sudah cukup untuk membutikan lelaki tersebut bakal menjadi seorang suami yang baik untuk isteri serta keluarganya.

“Tak payah lelaki kaya,cukuplah lelaki tu pandai cari duit. Pandai hidup. Ada tanggungjawab.

 

“Itu dah cukup. Kalau tak cukup tu untuk mereka yg nak lebih dari apa yg cukup dr segi keperluan dengan memenuhi semua kehendak, tulisnya.

IKLAN

“Lelaki yg rajin bekerja memperoleh kejayaan atas usahanya sendiri. Lelaki yg pandai berdikari Lelaki yg tau erti susah tapi tidak pernah berhenti beruseha Lelaki yg pernah gagal tp tak pernah berhenti. Inilah calon suami. Kalau ditakdirkan susah bersamanya,dia xkan membiarkan, katanya.

Tambah Zulin, lelaki yang kuat bekerja akan memperoleh kejayaan di atas usahanya sendiri dan lelaki yang tahu untuk hidup berdikari akan tahu bagaimana erti susah.

“Tak Perlu Lelaki Kaya Tapi…,”- Ini Nasihat Zulin Aziz Dalam Urusan Memilih Calon Suami

IKLAN

Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Zulin ini.

IKLAN

Bagi MH, kekayaan bukanlah segalanya sebaliknya carilah suami yang bertanggungjawab dan mampu untuk mmbimbing kita hingga ke jannah.

Foto: Twitter

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI