Baru sahaja diangkat sebagai Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL2018) baru-baru ini atas tiket undian peminat, Janna Nick mengakui kemenangan yang diraih bukanlah alasan untuk dia terus bersenang-senang, mengharapkan peminat mengundi semata-mata.

Sebaliknya, keputusan dan undian majoriti daripada pecinta drama Melayu di negara ini memberi peluang buatnya untuk terus memberikan yang terbaik menerusi drama lakonannya yang akan datang.

Tak Boleh Harap Peminat Suka Hal Kontroversi dan Glamor Saja, Kata Janna Nick

IKLAN

“Seperti yang telah saya beritahu sebelum ini, saya tak boleh berhenti untuk beri yang terbaik. Seperti yang kita tahu, sekarang banyak anugerah hiduran yang memerlukan undian dan penilaian daripada peminat. Jadi saya sebagai artis tidak boleh mengharapkan peminat sukakan hal kontroversi dan glamor sahaja.

 

“Saya kena berikan yang lebih baik supaya mereka akan terus sokong demi memastikan saya kekal relevan. Daripada bagusnya kerja saya barulah timbulnya peminat, peminat baru dan daripada situ jugalah akan munculnya undian,” kata Janna kepada MH.

Ditanya mengenai sejauh mana janjinya di dalam mahu memberikan yang terbaik di dalam drama yang dilakonkan selepas ini, penyanyi Akan Bercinta ini bagaimanapun tidak mampu untuk menjanjikan langit dan bintang.

IKLAN

Tak Boleh Harap Peminat Suka Hal Kontroversi dan Glamor Saja, Kata Janna Nick

IKLAN

Yang pasti, dia akan kekal berusaha untuk memajukan kerjaya.

“InsyaAllah sebab saya jenis yang suka belajar dan nak berikan yang terbaik. Meski banyak garis panduan dalam sisi skop penceritaan, saya cuba berikan variasi dalam lakonan.

 

“Yang penting, skrip  dan lainnya kena juga bagus kerana kejayaan sesebuah drama itu terhasil daripada kerja secara berpasukan,” katanya yang sibuk di lokasi Hingga Ke Jannah di samping Fahrin Ahmad.

Foto: Instagram Janna Nick

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI