Pelakon dan produser, Datuk A.Aida berdepan dengan kritikan netizen saat mengumumkan bakal berkahwin awal minggu lalu.

Rata-rata memberi gelaran serta panggilan pelbagai kepada penerbit itu hinggakan beberapa rakan artis seperti Rozita Che Wan bersuara terhadap pandangan mereka.

Katanya kepada MH, A.Aida mengatakan bahawa dia sudah lali dengan perkara itu dan tidak ambil ‘port’ mengenainya.

IKLAN

“Saya dah lama dalam bidang ni jadi aap orang cakap pun saya dah tak ambil port dan tak ambil serius pun.

“Setiap manusia ini ada macam-macam perangai yang tak okay saya biarkan mereka. Yang penting, fikir positif sahaja,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di Majlis Akad Nikahnya di Dorsett Grand Subang semalam.

Tambahnya lagi, dia juga turut bersetuju dengan apa yang dikatakan Che Ta.

IKLAN

“Betul lah apa yang dia (Che Ta) cakap tu…awak nak saya ambil laki orang ke atau kahwin dengan orang single?

“Pada saya, saya memang tak kisah dengan komen-komen orang asalkan kita bahagia.

“Saya pernah ‘pesan’ pada suami kalau dah fall in love dengan saya maknanya dia dah boleh terima saya seadanya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ariff turut berkongsi apa keistimewaan Aida di matanya.

“Tak Ambil Port Cakap Orang,” – Datuk A.Aida Tempelak Komen Elemen Sindirian

IKLAN

“Dia ni ada inner beauty yang susah nak cari, dia baik pemurah dan sukakan budak-budak,” kongsinya.

Saksikan juga momen perkahwinan keduanya menerusi FB Live MH

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155796741553435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI