Lalu, gambar kemesraan Nora bersama suaminya itu menjadi peminat termasuk rakan selebriti.
Ads
Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Bagaimanapun Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.
Ads
Selepas itu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Meluahkan rasa syukur kerana anak yang dikandung sangat mudah dijaga.
Bagaimanapun katanya menerusi Instagram, bekas isteri kepada PU Abu, Ain Afini mengakui berada dalam dilema sama ada patut atau tidak dia berehat.
Ataupun, melakukan tugasan rumah apabila Muhammad Adam Aysar tidur.
“Hamboi suka sangat sengih masa tidur eh. So far ahamdulillah senang sangat umi jaga anak soleh ni.
“Tapi umi selalu dilemma bila Adam tidur, umi patut rehat sekali ke atau lipat kain yang dah menggunung tu? Rehat sekali macam lagi best. Eh eh,” tulisnya sambil memberi kredit kepada jenama Islamic Audio.
Perkongsian ibu tunggal ini mendapat pelbagai reaksi netizen.
Abu Sufyan bernikah dengan Ain ‘Afini pada 31 Ogos 2018 dan dikurniakan seorang anak. Pasangan ini pernah bercerai buat kali pertama pada 28 Januari 2019 namun rujuk semula pada 23 Februari.
Mahkamah kemudiannya mengesahkan perceraian yang dilafaz buat kali kedua pada Mac lalu.
Foto : Instagram Ain Afini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi realiti pembikinan babak drama di hospital, Micheal Ang menjelaskan kekurangan dana menyebabkan banyak perkara harus dilakukan mengikut kreativiti sendiri.
Malah babak hospital yang juga terpaksa dilakukan di lokasi yang disewa kerana mereka tidak dibenarkan menjalani penggambaran di hospital sebenar.
“Salam semua! Ini la dilema drama melayu! Tak cukup budget! Lepas tu kena kutuk kiri kanan! Kasihani la kita bagi budget lebih sikit pls!!! Hahahahah luv u all!
“Happy Weekend! ADUH SUSAH LA SEKARANG BUAT VIDEO AJE ADA AJE ORG TERASA! INI BUKAN VIDEO NAK MENGUTUK DOCTOR2 YG COMMENT DRAMA MELAYU! VIDEO NI NAK BAGITAHU APA KITA KENA BUAT BILA TAK DPT SHOOT KAT REAL HOSPITAL TAPI KENA SHOOT KAT HOSPITAL MOCK UP! TU AJE SO TAK PAYAH NAK TERASA!” tulisnya.
Namun netizen menjelaskan komen yang diberikan doktor berkait babak yang tular itu tiada kena mengena dengan bajet, sebaliknya setiap babak harus diteliti dan dikaji sebelum dilakonkan.
Namun, pengarah Setelah Terlafaznya Akad ini menafikan komen yang diluahkan berkait dengan video tular tersebut.
Foto : Instagram Micheal Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Maukah kalian aku tunjukkan orang yang Haram baginya tersentuh api neraka?” Para sahabat berkata, “Mahu, wahai Rasulullah!” Baginda menjawab: “(yang Haram tersentuh api neraka adalah) Orang yang Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl.”(H.R. At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban).
“1. Hayyin Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir mahupun batin. Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya..
“2. Layyin Orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak ikut hawa nafsu sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama manusia
“3. Qarib Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara. Dan murah senyum jika bertemu.
“4. Sahl Orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada cara untuk selesaikan setiap permasalahan.
“Mudah- mudahan Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang Diberkati Dan Dirahmati Serta Dikasihi Allah S.W.T Di Samping Orang-Orang Yang Kita Sayang,” tulisnya.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.