Bekas Personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim berkongsi dia kini berada di Jerusalem dalam menghabiskan saki-baki ramadannya.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Azrinaz sempat melahirkan rasa syukur dapat menjejakkan kaki ke rumah suci buat umat Islam itu.

“Tahun lalu saya berpeluang menyambut 10 ramadhan terakhir di Kota Suci Mekah. Alhamdulillah ramadhan tahun ni, ALLAH SWT makbulkan doa saya untuk berada disini pula, Al-Aqsa bersama suami.

“Dua pengalaman berbeza, yang tiada galang ganti. Saya berdiri didalam Masjid Kibli (kubah kelabu) iaitu masjid utama dalam perkarangan Al-Aqsa.

Masjid ini juga dipanggil masjid Al-Aqsa. Terdapat 5 masjid didalam kawasan ini, Masjid Kibli, Qubbat Ak Sakhirah(Dome Of The Rock), Masjid Marwani, Masjid Utama lama dan Masjid Buroq,” kongsinya.

Dalam pada itu, Azrinaz juga sempat berkongsi ilmu perihal Masjid Al-Aqsa kepada umum.

IKLAN

“Ramai umat sering keliru dengan menganggap DOTR adalah masjid utama. DOTR menjadi tumpuan kerana kedudukan tanahnya yang paling tinggi, kubahnya diselaputi 200kg emas dan menempatkan batu Israk mikraj.

“Tapi ia bukan masjid aqsa yang menjadi kiblat Islam pertama. #bajumacamlawyer #berdirimacamkumpulannasyid #masjidkibli #alaqsa #palestine #palestin #jerusalam #intoalaqsa,” tulisnya.

Tahun lalu saya berpeluang menyambut 10 ramadhan terakhir di Kota Suci Mekkah. Alhamdulillah ramadhan tahun ni, Allah maqbulkan doa saya untuk berada disini pula, Al-Aqsa bersama suami. Dua pengalaman berbeza, yang tiada galang ganti – Saya berdiri didalam Masjid Kibli (kubah kelabu) iaitu masjid utama dalam perkarangan Al-Aqsa. Masjid ini juga dipanggil masjid Al-Aqsa. Terdapat 5 masjid didalam kawasan ini: – • Masjid Kibli • Qubbat Ak Sakhirah(DOTR) ? • Masjid Marwani • Masjid Utama lama • Masjid Buroq – Ramai umat sering keliru dengan menganggap Dome of the rock (DOTR) adalah masjid utama. DOTR menjadi tumpuan kerana kedudukan tanahnya yang paling tinggi, kubahnya diselaputi 200kg emas dan menempatkan batu Israk mikraj. Tapi ia bukan masjid aqsa yang menjadi kiblat Islam pertama. #bajumacamlawyer #berdirimacamkumpulannasyid #masjidkibli #alaqsa #palestine #palestin #jerusalam #intoalaqsa

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on

Selain Masjid Al-Aqsa, Azrinaz juga turut berkesempatan melawat ‘wailing wall’.

IKLAN

“You all pernah tengok tak yahudi sembahyang terangguk-angguk kat dinding tu? Haaa sekarang ni kami kat ‘Wailing Wall’ tempat bangsa dia datang utk cakap kat dinding,” tulisnya lagi.

IKLAN

Sungguh beruntung Azrinaz dan suami dapat menjejakkan kaki ke tempat suci umat Islam itu. Semoga perkongsiannya dapat dimanfaatkan oleh semua.

Sumber & Foto: IG Azrinaz Mazhar Hakim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI