Penerbit yang terkenal di kalangan selebriti, Fadzil Teh atau lebih sinonim disapa Haji Zil ada memuat naik status di media sosial.
Penerbit prolifik itu membayangkan pada tahun hadapan, stesen televisyen dan kebanyakan penerbit akan memburu pelakon, Zahirah MacWilson.
Difahamkan, status tersebut dibuatnya selepas mengikuti drama rantaian terkini lakonan Zahirah, Curi-Curi ini yang bersiaran menerusi Astro Ria di slot MegaDrama.
Ads
Penerbit tersebut juga ada memuji kualiti lakonan anak kepada pelakon senior, Zainol MacWilson itu di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-ratanya memberikan respon positif terhadap apa yang dikongsikan. Malah, Zahirah juga dilihat turut meninggalkan komen terhadap entri berkenaan menerusi Instagram.
Ads
Drama yang merupakan adaptasi novel itu memulakan siarannya sejak 29 April lalu dan hingga kini mendapat reaksi baik di kalangan pencinta drama tempatan. Selain Zahirah, Curi-Curi Cinta turut menampilkan Aiman Hakim Ridza, Talha Harith, Fauziah Nawi, Uyaina dan ramai lagi.
Foto: Instagram Haji Zil, Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penghibur senior, Salamiah Hassan tidak mampu memberikan pandangan mengenai prosedur kecantikan terkini yang ada diamalkan individu seusianya demi memastikan penampilan tampak lebih menawan dari usia sebenar.
Katanya ia keputusan individu dan apa yang lebih penting, dia lebih senang untuk menjaga diri-sendiri tanpa mempedulikan orang lain.
Salamiah bagaimanapun mengakui ada melakukan rawatan kulit sejak usianya 47 tahun.
“Saya tidak boleh memberikan pandangan kepada mereka yang melakukan perkara tersebut (botox atau rawatan kecantikan lain). Itu pendirian masing-masing. Tetapi saya hanya risaukan mengenai diri sendiri.
“Saya tidak kisah apa yang orang lain lakukan. Kalau anda rasa ia betul, terserah. Tetapi setakat mana yang saya tahu, saya akan sebaiknya jaga diri sendiri. Saya pentingkan menu yang diambil, jaga kesihatan dan sebagainya. Pada masa sama, cuba jaga hubungan denganNya juga,” katanya kepada MH.
Melewati beberapa dekad memeriahkan dunia seni bersama genre muzik tersendiri, bintang ini turut ditanya sejauh mana pendiriannya untuk terus menghiburkan peminat.
Jelasnya, dia teguh bediri atas nama seni dan kecintaannya terhadap nyanyian selain tidak mahu terlalu bergantung harap kerana anak-anak yang sudah mempunyai keluarga masing-masing.
“Saya masih meneruskan kerjaya kerana saya tidak mahu menyusahkan anak-anak. Saya seorang yang tidak gemar bergantung kepada orang lain. Saya wanita berusia yang positif, bila anak-anak saya senang, saya gembira.
“Syukur alhamdulillah setakat ini, anak-anak baik-baik sahaja. Itu yang saya utamakan. Malah saya pernah beritahu kepada mereka, setakat ini Mama boleh jaga diri, tetapi kalau Mama sudah sakit, tak boleh berjalan jadi kamu perlu menjagaku,” katanya yang bersyukur kerana masih diberi kesihatan yang baik demi meneruskan kelangsungan hidup.
Malah, ramai yang turut kagum dengan semangat kuatnya yang masih bertenaga saat membuat persembahan pentas.
“Ada juga yang tanya macam mana kau menyanyi pakai kasut tinggi sampai dua jam berdiri. Selama 48 tahun dalam industri, saya bersusah payah bermula dari bawah.
“Akan tetapi jauh di sudut hati, saya sedar yang diri ini akan undur diri dalam seni, tetapi saya sendiri tak tahu bila,” akui Salamiah yang mesra disapa Mama ini.
Terdahulu, penyanyi Menghitung Hari ditemui pada majlis memperkenalkan duta jenama Secret Modest by Asfarena di Seksyen 14, Shah Alam baru-baru ini.
Jenama pakaian Secret Modest by Asfarena milik usahawan Datuk Asfarena Samion melantik Salamiah sebagai duta.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih ada pihak yang menawarkan saya rezeki meski rasanya ramai lagi bintang di luar sana yang tak kurang baik dari segi cita rasa fesyennya.
“Apa pun terima kasih atas kepercayaan dan pastinya, saya terima tawaran tersebut kerana keikhlasan pihak mereka dan pada masa sama, koleksinya juga sesuai serta praktikal,” katanya yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-68 hari ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tular sejak semalam mengenai panggilan ‘Baby Sayang’ gara-gara pertanyaan netizen kepada Mira Filzah gelaran Baby atau Sayang yang lebih senang digunakan.
Mengakui lebih menggemari dipanggil Baby Sayang, natijahnya, kini Baby Sayang di mana-mana.
Menjawab persoalan di Insta Stories, ulas Mira, dia sememangnya menggunakan gelaram tersebut namun tidak dijelaskan dengan siapa.
Tambahnya lagi, dia tidak mahu terlalu menyebut Baby Sayang bimbang netizen muak mendengarnya.
Kepada yang terlepas pandang, MH kongsikan video manja ini dengan tatapan mata.
Pelakon dan usahawan, Didie Alias mengakui tiada menyimpan dendam terhadap bekas suami, pelakon Ridzuan Hashim meski ada beberapa isu yang pernah terjadi sebelum ini.
Katanya kepada MH, atas faktor anak-anak serta kematangan usia, fokusnya kini hanyalah terhadap anak-anak dan keluarganya barunya sahaja.
Didie bagaimanapun mengakui ada bertemu dengan bekas suaminya itu pada sambutan hari jadi cucunya, baru-baru ini.
“Saya baru bertemu dengannya dalam sambutan hari jadi cucu pertama. Kami berjumpa. Iyelah majlis hari jadi cucu, kita pun sudah tua. Kalau dia borak, saya borak sajalah.
“Anak-anak dengan dia okay, tiada masalah memandangkan anak-anak pun sudah besar. Malah kami pun dah terima cucu.
“Nak kata kitaorang bermusuh tu tidaklah, tetapi kami jarang berjumpa. Kalau jumpa pun hanyalah anak-anak pergi melawatnya. Macam dulu waktu anak-anak masih kecil dia yang akan ambil anak kerana ketika itu anak-anak tinggal bersama saya,” katanya jujur.
Pada masa sama, Didie turut ditanya apakah tips yang diguna pakainya di dalam memastikan keharmonian hubungan antara anak-anak dengan bapa mereka meski sudah tidak tinggal bersama.
“Mereka tidak pernah tahu apa punca saya bercerai dan mereka saya tidak pernah burukkan bapa dia. Apa yang baik atau buruk dia aku telan dan aku simpan.
“Jadi biarlah dia sayang bapanya hingga menutup mata. Sekarang ni pun saya dengar dia tidak berapa sihat.
“Jadi saya pun ada beri pesan pada anak-anak yang sudah besar ni agar selalulah jenguk bapa. Dia tinggal bersendirian. Saya tidak pernah menghalang anak-anak dari bertemu dengannya,” kongsinya lagi.
Yang pasti, penggerak kepada festival beli-belah, Le Fest Tour ini turut mendoakan kesejahteraan bekas suaminya itu.
“Saya sentiasa mendoakan dia, itu sahaja. Kalau kata ada perkara yang dia simpan tak nak bertegur dengan saya ke saya tiada masalah. Cuma kekuatan saya ialah apa yang saya target untuk keluarg,” akhiri Didie.
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.