Beberapa minggu lalu, usahawan dan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri terkejut apabila didatangi seorang pemuda kelainan upaya (OKU) ke kediamannya pada 2 Julai lalu.
Bagaimanapun, Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sepakat untuk mengambil pemuda berkenaan sebagai ahli keluarga barunya, sementelah pemuda berkenaan hadir untuk mencari kerja.
Menerusi posting di Instagram, Shahida turut menyediakan makanan enak buat pemuda yang berasal dari Johor itu.
“Hari ni saya masak kurma ayam… Syukri family baru saya ni suka makan bertambah2 nasi sedap katanya.. sebab tu suka masak sebab ada org hargai masakan kita,
“Nanti saya share resipi kurma ayam saya kalau sudi nak tengok,” kongsi Shahida sambil disertakan gambar pemuda itu.
Tidak dinafikan, agak lama tidak mendengar kisah bekas penyampai berita dan personaliti TV terkenal suatu ketika dahulu, Zakiah Anas.
Sejak mendirikan rumah tangga bersama Raja Shahrul Azmi Raja Sahar pada 12 Disember 2012, nama Zakiah Anas sedikit demi sedikit sunyi dalam dunia penyiaran lalu beralih sebagai pengacara menerusi majlis karporat.
Malah pada masa sama, Zakiah yang sinonim menerusi program kendaliannya tidak lama dulu, 999 turut aktif dalam dunia bisnes selain beri fokus pada famili.
Jika sebelum ini wajahnya sering menghiasi program di kaca televisyen lebih 20 tahun dulu, kini figura yang satu ini agak jarang tampil di majlis hiburan, sementelah dirinya kini tampak ayu dengan penampilan sopan bertudung.
Lebih mengujakan, menerusi perkongsian foto di media sosial, dapat dibayangkan dirinya kekal anggun dan sihat meski sudah melewati usia 50 tahun.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah baru-baru ini ada berkongsi video di Insta Livenya.
Bella merakam video berkenaan di dalam kereta sambil berborak santai bersama peminat yang sedang menonton live.
Bagaimanapun, bekas suaminya, Aliff Aziz mulai memasuki ruangan live dan meninggalkan komen.
Bagaimanapun, peminat yang menonton live Bella telah meninggalkan komen sinis terhadap sikap Aliff terdahulu.
Malah, ada juga yang memberikan nasihat agar Bella tidak lagi toleh ke belakang.
Bagaimanapun, Aliff telah memberikan respon terhadap komen yang dilontarkan netizen.
Bella bagaimanapun menasihati netizen agar tidak terlalu berlebih-lebihan mencaci dan menghina Aliff atas perbuatan curangnya terdahulu kerana Aliff masih bapa kepada anak mereka, Ayden Adrean.
Video berdurasi 22 minit itu diakhiri Bella dengan ucapan salam.
Video : Live Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira...