Pelakon, Raja Ilya mendedahkan bahawa dia bersama kekasih hatinya warga Australia yang hanya dikenali sebagai, TWG bakal berkahwin, November tahun depan.

Katanya, selepas enam tahun berkenalan membuatkan dia menerima lamaran kekasihnya itu.

“Saya tidak pernah berfikir untuk berkahwin, saya fikir mungkin akan menjadi andartu tetapi TWG menyakini saya untuk berkahwin.

 

“Di sebalik status yang dimilikinya, dia sangat merendah diri malah memiliki jiwa dermawan kerana telah banyak membantu masyarakat dan komuniti di sekitar beliau tidak kira bangsa atau agama.

 

“Kadang saya terfikir dia terlalu sempurna buat saya. Dia ada semua ciri yang didamkan wanita.

 

“Dia kacak, penyayang, berkedudukan, baik hati dan pemurah tetapi dia memilih untuk mengahwini saya,” katanya seperti yang dipetik portal, Hijab n Heels

Dalam pada itu, Raja Ilya turut berkongsi cara dia dilamar.

IKLAN

Tahniah, Raja Ilya Bakal Akhiri Zaman Solo Dengan Lelaki Mat Saleh

IKLAN

“Cara dia melamar saya juga cukup menyentuh perasaan di mana dia telah menulis sebuah puisi untuk meluahkan perasaannya sekaligus melamar saya,” tambahnya.

Apa-apapun, MH ingin mengucapkan tahniah awal-awal buat Raja Ilya dan pasangan!

IKLAN

Foto/Instagram: Raja Ilya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI