Tahniah! Haram Kini Capai 6 Juta Tontonan

Wah! Hebatnya penangan lagu Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah ini.

Terbaru, penyanyinya, Dayang berkongsi bahawa tontonan muzik video tersebut sudah pun mencapai jumlah enam juta tontonan!

“Thank you everyone!

“Enam juta tontonan untuk untuk muzik video Haram- Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah. Terima kasih semua!” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan tahniah buat kedua-dua penyanyi itu.

IKLAN

Pada MH, lagu itu mempunyai auranya yang tersendiri ditambah lagi apabila dinyanyikan oleh dua penyanyi yang hebat.

Ditanya mengenai kolaborasi berkenaan, Hael mengakui sudah lama impi untuk berduet dengan penyanyi wanita asal Sarawak itu.

IKLAN

“Sudah lama nak duet dengan Dayang, sebelum Anugerah Juara Lahu yang lalu lagi. Tetapi dia beri saya masa selepas AJL untuk usulkan kembali duet memandangkan kami perlu beri fokus terhadap pertandingan tersebut,” katanya kepada MH.

Jadi, tidak mustahil lah jika lagu itu mampu mencapai pencapaian ini kan? Apa-apapun, tahniah!

Foto:Instagram  Dayang Nurfaizah