Select Page
Lucu Betul! Pura-Pura Tak Boleh Bangun Tidur,  Ummi Nazeera Kongsi Pengalaman Minum ‘Air Gula’

Lucu Betul! Pura-Pura Tak Boleh Bangun Tidur, Ummi Nazeera Kongsi Pengalaman Minum ‘Air Gula’

Untuk wanita yang sedang atau pernah hamil pasti sudah melalui pengalaman untuk meminum ‘air gula’ bagi memeriksa kadar gula dalam badan.

Baru-baru ini, pelakon popular, Ummi Nazeera ada memuat naik satu video sedang meminum air gula di akaun Instagramnya.

Menerusi ruang kapsyen pula, Ummi telah berkongsi pengalamannya minum air gula tersebut.

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

“Hello ! Thanks to my dearest friends and fans for sharing your experience yesterday about drinking glucose water ..

 

Feedback ummi tentang minum air gula ? Not bad … 😅😂 Original flavor dikacau dengan air suam… ummi berjaya habis kan dengan 4 kali teguk… alhamdulillah . Kalau ummi boleh ! Mesti u guys boleh ! Sebab Ummi memang anti apa apa berkenaan dgan ubat dari kecil lagi .. hah hah hah ! Menangis setiap kali kena makan ubat.. yg pelik nya . Suami pula doctor 😅

 

Pagi semalam saya siap buat buat tak boleh bangun tidur sebab takut nak pergi clinic minum air gula 🤣🤣 . Sian @izzar layankan saja lah yaaa

 

All the best to mommies out there ! Bismillah ! Sure boleh buat … tukar mindset cakap senang sajaaa … 😘😘😘,” tulisnya.

MH dapati ramai pengikut dan peminat Ummi yang turut berkongsi pengalaman masing-masing meminum air gula semasa hamil.

hxnzxh: haha mase i pulak alhamdullilah i minum sekali terus je sebab malas nak tunggu minum sikit sikit yela mase tu malam tu kan kene puasa perut pula dah lapar haha jadi tak fikir ape minum terus je hihi

amirahjherman: Hahaha so sweet muka .. Skrg klu xde risk factor, minum air gula dah wajib.. klu ade, 2x.. kalau excessive weight gain, up lg 3x.. 🤣🤣🤣

fazlinah_damiyan_arissa: Seksa minum air gula… muka @umminazeera tu sama mcm ibu2 mengandung yang lain… tapi apa boleh buat prosedur ibu preggy..😫😫..bukan senang nak habiskan..😨😨

iamlisma_sudarso80: Minum air gula wajib untuk ibu2 hamil . Akak pregnant sekarang ni pun kena 2 kali minum air gula . Fist mcm 4mont coz berat badan naik mendadak . Lg sekali next week sebab wajib untuk ibu hamil 7bulan . Kadang2 dah nak dekat tarikh bersalin baru dpt kesan kita ada kencing manis… ☺☺

Sumber: Instagram Ummi Nazeera

‘Hahaha Gelak Guling-guling’ – Netizen Terhibur Tengok Wajah Ummi Nazeera Dan Suami Bertukar

‘Hahaha Gelak Guling-guling’ – Netizen Terhibur Tengok Wajah Ummi Nazeera Dan Suami Bertukar

Tergelak besar MH apabila melihat satu gambar yang dikongsi oleh pelakon popular, Ummi Nazeera dan suaminya di Instagram pelakon cantik ini.

Apa yang membuatkan MH terhibur adalah gambar yang dikongsi oleh Ummi ini menunjukkan wajah Ummi dan suaminya telah bertukar.

Jom MH belanja dengan korang gambar Ummi dan suami yang MH maksudkan. Mesti korang pun akan ketawa sampai pecah perut.

Bukan MH sahaja yang terhibur malah ramai netizen juga yang turut terhibur melihat gambar pasangan suami isteri ini.

nor_aliyah: hahahhah 🤣🤣🤣 gelak guling3

lazuanishamsuddin: Alaaaaa , takleh moveon..u guys are too cute ! 😂💕

klworldhijab: Ya ampunnn ummi😂😂😂😂😂😂

richhuda.beauty: Terhibur😂😂😂 sabor jela ummi😂

Aduh sporting betul la Ummi berkongsi gambar ini di Instagramnya dan secara tak langsung membuatkan mood orang ramai bertukar ceria melihat gambar mereka.

MH doakan agar rumah tangga Ummi dan suami berkekalan hingga ke syurga serta bayi dalam kandungan Ummi sentiasa dalam keadaan sihat.

Sumber: Instagram Ummi Nazeera

Tahniah! Ummi Nazeera Sah Hamil 4 Bulan!

Tahniah! Ummi Nazeera Sah Hamil 4 Bulan!

Wah tahniah MH ucapkan buat pelakon cantik, Ummi Nazeera yang kini sedang hamil 4 bulan.

Terdahulu, MH pernah berkongsi sebuah artikel tentang salah satu posting Ummi di Instagram seolah-olah memberi hint bahawa dirinya sedang hamil.

Ramai peminat yang tertanya-tanya adakah Ummi sedang hamil ketika itu. 

Tapi kini segalanya telah terjawab apabila Ummi sendiri telah mengesahkan dirinya sudah berbadan dua menerusi laporan Mstar Online.

Ummi berkata, berita kehamilannya ini merupakan berita yang sangat gembira buatnya dan dia sangat bersyukur atas rezeki ini.

“Alhamdulillah saya sudah empat bulan satu minggu hamil dan ia memang berita yang sangat menggembirakan,” katanya.

Dalam pada itu, Ummi bercerita pada awalnya dia tidak mengetahui dirinya sedang hamil sehinggalah ketika dia sedang menjalani penggambaran filem Gol & Gincu 2, dia mengalami kecederaan pada kakinya.

Ketika menjalani rawatan, doktor yang merawat pelakon ini mengesyaki bahawa Ummi mengandung.

“Saya berjumpa doktor untuk membuat X-Ray apabila kaki saya tercedera ketika berlatih bermain futsal untuk salah satu babak salam Gol & Gincu.

 

“Bagaimanapun doktor yang juga rakan kepada suami saya bertanya sama ada saya hamil namun saya kata tidak pasti.

 

“Dia meminta saya membuat ujian kehamilan namun keputusannya agak samar-samar,” katanya kepada Mstar Online.

Namun begitu, pelakon cantik ini berkata tiga hari selepas itu dia sekali lagi membuat ujian kehamilan dan keputusan ujian itu telah mengesahkan dirinya hamil.

Sumber: Mstar Online

#MHSpeku:Ummi Nazeera Hamil?

#MHSpeku:Ummi Nazeera Hamil?

Malam semalam sedang MH melihat-lihat update terkini para selebriti di Instagram, mata MH terhenti seketika terhadap posting pelakon cantik, Ummi Nazeera.

Ummi telah berkongsi gambarnya bersama suami tercinta, Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani namun apa yang menarik perhatian MH adalah kapsyen yang ditulis oleh Ummi.

Menurut kapsyennya dia menulis dalam gambarnya bersama suaminya itu seperti ada yang tidak cukup.

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

“Macam tak cukup korum je gambar ni .. apa ya? @izzar,” tulis Ummi.

MH mula tertanya-tanya apakah agaknya yang kurang dalam gambar pasangan suami isteri ini, dan di ruang komen pula MH lihat ramai netizen yang mula membuat tekaan bahawa Ummi sedang hamil dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Namun, sejauh mana kebenaran tekaan netizen bahawa Ummi sedang hamil tidak dapat MH pastikan dan biarlah empunya badan sendiri yang mengeluarkan kenyataan sama ada benar Ummi sedang hamil ataupun tidak.

Apapun, MH doakan yang terbaik buat Ummi dan suami!

Sumber: Instagram Ummi Nazeera

Umi Nazeera Imbau Semula Detik Pertemuan Bersama Suami & Ibu Mertua

Umi Nazeera Imbau Semula Detik Pertemuan Bersama Suami & Ibu Mertua

Pasti setiap orang yang sudah berkahwin mempunyai kenangan pertama kali bertemu dengan keluarga mertua.

Baru-baru ini MH ada terlihat pelakon cantik dan comel, Ummi Nazeera telah berkongsi memori pertama kali bertemu ibu mertuanya dan bagaimana dia boleh berkenalan dengan suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari.

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

“This is the first photo of me .. my mother in law sent to my husband/their family WhatsApp group at the moment.

 

“She said , ” aunty dah selalu nak kenalkan someone to izzar .. tapi dia tak pernah respond “.

 

“Right after he responded by private messaging her . I think he wrote ” Siapa tu mak?”. Commercial break ( how my mil and I got to know each other?). My mil and I bumped into each other at an event and coincidentally I was seated next to her . After long hours of waiting for my mother and my mil waiting for my fil. We started talking/ getting to know each each other ..

 

“Cont.

 

“Then she started showing me photos of her family . Including izzar of course . She said my first son is still single . ( Dalam hati lepas tgk gambar . Oh handsome . And tinggi ). But I kept it to myself of course 😂

 

“She said , is it okay if i pass your number to my son ?. ( I was actually waiting for it hahaha) and I replied nonchalantly ” Yeahh of course”. Hahaha.

 

“Then a few moments after that , my mother came out from getting her pingat. I then introduced her to my mil.. subahnAllah little I knew . My jodoh was getting near.

 

“Anyway ! 2 days later . Suami Ku message .

 

“Assalamualaikum cik Ummi nazeera . Thanks for being kind to my mother . She spoke highly of you. I am izzar, you were seated next to my mother 2 days ago. “. I was like wahh.. sopan this guy . Jeng jeng jeng . 😍 and at the end … @izzar you’re the one . ❤🤗 #reminiscing #foolsInLove #Alhamdulillah #ThankYouMak #2yearsAgo #2016,” tulis Ummi bercerita memori indah pertama kali bertemu ibu mertua dan berkenalan dengan suami.

Alahai bersemut betullah cerita yang Ummi kongsikan ni malah rata-rata peminat Ummi juga turut teruja dengan perkongsian Ummi dan ada segelintir daripada mereka yang merasakan seolah-olah sedang membaca novel cinta.

miranhasleza: Mcm cerita novel..sweet…😊

faezahablatif: So sweet of u😘..permulaan yg baik smoga berakhir dgn baik hingga ke Jannatul Firdausi hendaknya aamiin😍😍

suriyashahrul_gerobokcantek: So sweet my dear @umminazeera..Bersemut hp kiter hehe.May your loves blossomed till jannah.Amin

MH juga lihat Ummi turut berkongsi screenshot perbualan Whatsapp pertama dia dengan suaminya.

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

“Nah! Haha ! Ramai minta continuos story … this is our very first message 😂terkejut I masih ada rupanya.. Husband sent me this screen shot after reading my previous post . giggles 😂 thanks for keeping this ! @izzar I know you can be quite sentimental with this kind of stuff ❤😘 #2016 #2yearsago #Alhamdulillah #HatiMasaTuBerbungabungaHappy,” tulis Ummi.

Semoga masjid yang dibina oleh Ummi dan suami kekal bahagia dan sentiasa diberkati hingga ke jannah.

Sumber: Instagram Ummi Nazeera

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: