Select Page
Didakwa Menipu, Perguna Kepentingan Sekolah : DSV Tampil Beri Jawapan Yang Memang ‘Win’!

Didakwa Menipu, Perguna Kepentingan Sekolah : DSV Tampil Beri Jawapan Yang Memang ‘Win’!

Kalau sebut mengenai Datuk Seri Vida (DSV), ada saja kisah hangat yang melibatkan usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi itu. Belum pun reda mengenai kisahnya yang dikatakan memecat salah seorang pekerjanya sehingga mencetuskan viral, namanya sekali lagi terpalit dengan cerita kurang enak.

Kisahnya, ada yang mendakwa, penyanyi lagu I Am Me ini mempergunakan sekolah demi kepentingan peribadi.

Menerusi media sosial, kecoh ada yang membayangkan DSV yang dikatakan mempergunakan sebuah sekolah di Terengganu. Turut didedahkan, sekolah berkenaan telah menjadi stokis produk keluaranya.

DSV ketika dihubungi MH memberitahu, apa yang terjadi adalah sebenarnya salah faham dan dia mengetahui akan dakwaan tersebut setelah diberitahu kenalan.

“Ada orang share isu itu pada saya. Saya pun tak tahu apa masalah pihak yang sebarkan hal tersebut kerana ia hanyalah salah faham. Bukan sekolah agama sahaja saya pergi untuk memberikan ceramah, malah sekolah aliran lainnya juga. Saya pergi sahaja.

 

“Pada masa sama, apabila ada jemputan untuk memberikan ceramah saya akan letak harga sekitar RM10,000 hingga 15,000, tetapi ada juga yang saya berikan servis secara percuma. Itu pun nak berkira ke?,” katanya.

DSV turut mendedahkan,ada ketikanya dia memberikan cerah berkenaan dengan keusahawanan.

“Macam contohnya, ada yang pernah panggil untuk ceramah dalam program keusahawanan. Tak kan nak panggil usahawan jual ikan kering. Jadi mereka panggilah saya.

 

“Di sana pun adalah juga yang berniaga barang lain, tetapi nak dikongsi cerita mereka, kongsilah. Tetapi bila saya kongsi mengenai hal keusahawanan apa semua, orang pun mengata. Macam mana tu?” kata DSV jujur.

Foto: Instagram DSV/ Sumber Google

[VIDEO] “Ni Cara Saya BERBOLA, Lagu LAVIDA BOLA,” – DSV Lancar Lagu Sempena World Pula Dah!

[VIDEO] “Ni Cara Saya BERBOLA, Lagu LAVIDA BOLA,” – DSV Lancar Lagu Sempena World Pula Dah!

Selepas sukses dengan single I Am Me dan Lavida Raya, kini pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Vida (DSV) kembali dengan buah tangan terbaru, khusus sempena Piala Dunia 2018.

Menariknya, lagu terbaruny berjudul Lavida Go Bola ini mengetengahkan konsep reggae.

Turut tampil menyumbangkan suara menerusi single berkenaan ialah anaknya, Cik B dan penyanyi Mimi Fly.

Difahamkan, lagu tersebut juga siap sepenuhnya seminggu sebelum sambutan Aidilfitri lalu.

Menerusi Instagram, DSV ada memuat naik beberapa teaser lagu tersebut dan rata-ratanya mendapat reaksi positif peminat.

“Tahun ni..Raya Bola.. Sebab tu lagu LaVida Raya.. Bunyi ala ala Mood BOLA.. Sayang perasan tak? TU BARU WARMING UP BOLA

 

“Saya suka BOLA..Ni cara saya BERBOLA..Lagu LAVIDA BOLA…,” tulis DSV yang turut memberitahu, muzik video lagu terbarunya itu turut boleh ditonton menerusi YouTube.

Terdahulu, usahawan ini juga telah pun melancarkan Lavida Go Bola menerusi sebuah majlis di Ipoh, perak.

Selepas sehari ia dimuat naik menerusi YouTube, Lavida Go Bola sudah pun ditonton lebih 70,000 kali. Well done DSV!

Foto/Video : Instagram DSV

“Boleh Jadi Lagu World Cup 2018!” – Lagu Raya DSV Trending, Cecah 406k Tontonan Dalam 3 Hari!

“Boleh Jadi Lagu World Cup 2018!” – Lagu Raya DSV Trending, Cecah 406k Tontonan Dalam 3 Hari!

Kurang 72 jam sejak ia dimuat naik menerusi YouTube, lagu Lavida Raya nyanyian usahawan kosmetik bergelar selebriti, Datuk Seri Vida (DSV) berjaya meraih jumlah tontonan melebihi 400,000 kali.

Sekali gus, ia menjadi antara muzik video tempatan paling trending ketika ini!

Lakaran jaya yang dilakukan ahli perniagaan tersebut sepertinya mengimbau kembali fenomena sama menerusi single sulungnya, I Am Me.

Menerusi pemerhatian yang dibuat, rata-rata netiezen senang dengan lagu berkenaan yang disimpulkan menerusi 22,000 tanda suka yang diterima muzik video terbabit yang dimuat naik di salurannya sendiri, DSV Entertaiment.

Lebih melucukan, ada di antara netizen yang memberi reaksi lagu tersebut boleh dijadikan sebagai lagu tema Piala Dunia tahun ini!

Sementara itu, muzik video yang dijalankan di kediamannya di Ipoh, Perak turut menampilkan para pekerja dan dua anaknya.

Foto: Carian Google

“Kita Tengok Ramai Sangat Yang Nak Jadi Penyanyi Sekarang. Jadi Saya Kena Cari Kelainan…” – DSV

“Kita Tengok Ramai Sangat Yang Nak Jadi Penyanyi Sekarang. Jadi Saya Kena Cari Kelainan…” – DSV

Kejayaan single pertama berjudul I Am Me daripada pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) memberi semangat buat usahawan ini untuk menghasilkan single kedua yang mungkin jauh lebih baik daripada lagu sulungnya itu.

Berkata kepada MH, DSV terbuka menerima setiap pandangan yang diberikan daripada pencinta muzik di negara ini.

Malah, kejayaan I Am Me yang pernah menjadi siulan ramai tidak lama dulu membuktikan bahawa dia perlu mencari kelainan demi memastikan single seterusnya kekal menepati cita rasa ramai.

“Oh ya, lagu kedua harus ada. Cuma kita tengah pilih nak nyanyi lagu genre apa pun tak tahu lagi. Tengoklah kalau nanti kita cuba nyanyi lagu slow ke. Saya kalau boleh nak cuba pelbagai genre lagu. Sebab kalau kita tengok, ramai sangat yang nak jadi penyanyi sekarang.

 

“Jadi mahu tidak mahu, saya perlu cari kelainan untuk single kedua. Meski lagu first tak berjaya capai target 100 juta views, tapi saya gembira sebab lagu tu orang selalu nyanyi di pusat karaoke, masa bangun pagi dan di persembahan zumba,” katanya optimis kepada MH.

Terdahulu, muzik video untuk single I Am Me kini telah pun ditonton hampir 1.5 juta kali di YouTube. Tahniah DSV. Okaylah tu kan?

 

“Promote Diri Sendiri Batak” – Cik B Tulis Komen Pedas Pada Pesanan ‘Caring’ P.A Buat Mamanya, DSV!

“Promote Diri Sendiri Batak” – Cik B Tulis Komen Pedas Pada Pesanan ‘Caring’ P.A Buat Mamanya, DSV!

Sebelum ini, usahawan yang kini sudah bergelar penyanyi, Datuk Seri Vida (DSV) pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli. Bagaimanapun, apa yang pasti hubungan mereka berdua tidak lebih daripada seorang majikan dan pekerja sahaja.

Malah, anak kepada usahawan berkenaan yang lebih sinonim dengan panggilan Cik B juga pernah menulis di laman Instagram (IG) miliknya dengan menyifatkan pembantu peribadi kepada ibunya itu hanya mahukan perhatian dan terbaru, anak gadis kepada DSV itu turut menulis komen yang agak pedas di ruangan komen IG ibunya beberapa hari lalu.

“Promote diri sendiri batak”, tulis Cik B. Komen tersebut setakat ini turut menerima lebih 10 likes di kalangan para pengikut DSV.  Alamak… mengapa tu Cik B?

Terdahulu, menerusi video yang dimuat naik DSV sebelum berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah itu, pembantu kepada penyanyi I Am Me itu memberikan pelbagai nasihat buat majikannya sebelum berangkat ke tanah suci.

Antaranya ialah elakkan daripada membeli-belah barangan yang tidak perlu dan berikan sepenuh perhatian kepada umrah yang dikerjakan.

Foto: Instagram DSV

 

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: