Rasanya ramai yang menyedari sudah beberapa tahun tradisi kad raya sudah semakin lenyap daripada menjadi budaya masyarakat kita terutama Melayu yang menyambut raya setiap tahun.

Kalau dahulu, kad raya adalah sesuatu yang paling ditunggu semua orang.

Yang menariknya adalah apabila kad raya tersebut mempunyai pelbagai “design” yang menarik dan kreatif.

Ada kad raya yang berwarna –warni , yang mempunyai muzik, lampu dan didatangkan dengan pelbagai saiz.

Syafiq Kyle Baru Edar Kad Raya. Tapi Betulke Tradisi Beri Kad Raya Ni Semakin Hilang?

Tapi kena tradisi kad raya ini sudah hilang? Adakah disebabkan kita berada didunia teknologi yang serba canggih ini membuatkan kita tidak memerlukan kad raya untuk memohon maaf serta membuat ucapan?

IKLAN

Di sini Mh ingin kongsikan 3 sebab kenapa kad raya semakin dilupakan:

#1. Malas

Mungkin ini merupakan salah satu sebab kenapa kad raya sekarang tidak relevan? Maklumlah, dengan adanya teknologi dihujung jari ini membuatkan mereka malas untuk membeli kad raya, ke pejabat pos untuk membeli stem dan hantar kad tersebut.

IKLAN

 

#2. Teknologi Semakin Canggih

Seperti mana yang kita tahu, dunia teknologi kini semakin canggih, dengan adanya aplikasi aplikasi yang boleh berkomunikasi tanpa menghantar surat ini menjadi faktor yang membuatkan orang tidak menggunakan kad raya sebaliknya mereka menghantar ucapan melalui Whatsapp.

IKLAN

#3. Adanya FB, Twitter, Instagram

Bukan tu je, sekarang terdapat pelbagai sosial media seperti Facebook, Twitter, Instagram dimana mereka boleh menghantar ucapan, kad raya secara pukal dan memuat naik gambar suasana hari raya dengan kapsyen yang menarik.

Percayalah, maju macam mana sekalipun teknologi kita pada hari ini, kad raya sememangnya mempunyai sentimental value yang tersendiri bak kata orang, tiada yang lama, tiada yang baru.

Foto : Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI